Siakap Keli
Akad Nikah
Gambar via TikTok

Akad Nikah Depan Ibu Uzur Di Hospital, Wanita Hiba Bonda Tercinta Meninggal Dunia Tak Lama Kemudian

Akad Nikah Depan Ibu Uzur Di Hospital, Wanita Hiba Bonda Tercinta Meninggal Dunia Tak Lama Kemudian

Seorang ibu pasti ingin melihat sendiri hari bahagia anaknya mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya. Menjadi harapan orang tuan untuk melihat anak yang dibesarkan sejak kecil berjaya sama ada dalam pelajaran mahupun kehidupan peribadinya. Setidak-tidaknya, sebelum mereka menutup mata, pergi meninggalkan dunia yang sementara ini.

Dalam satu video yang dimuat naik dalam laman TikTok bernama @nadiarenaraw yang berasal dari Indonesia, dia berkongsi sesi akad nikah bersama suaminya yang dilangsungkan di dalam sebuah bilik dipercayai di hospital.

Ketika itu, dapat dilihah ibu kepada pengantin perempuan itu dilihat sedang terbaring di atas katil yang turut disertai ahli keluarga lain.

@nadiarenaraw

♬ Seluruh Cinta – Siti Nurhaliza

Ibu hembus nafas 3 hari kemudian…

Persandingan itu diadakan di hospital memandangkan keadaan kesihatan ibunya yang kian uzur ketika itu, sekaligus ia satu-satunya cara untuk mereka merakam kenangan di hari bahagian bersama-sama.

Selesai majlis yang disambut sederhana, mereka sekeluarga sempat merakam gambar kenangan bersama. Namun begitu, tiada siapa yang menyangka bahawa ia adalah foto terakhir yang sempat dirakam bersama selepas ibu Nadia dilaporkan menghembuskan nafas terakhir tiga hari selepas majlis akad nikah itu diadakan.

Biarpun pahit untuk menelan hakikat kehilangan bonda tercinta, namun Nadia reda kerana sekurang-kurangnya ibunya sempat menjadi saksi dia diijabkabulkan dengan pilihan hati.

Kisah yang dikongsikan itu turut mendapat perhatian netizen. Ramai yang meninggalkan komen mengucapkan takziah dan mendoakan ibu Nadia. Netizen dari Malaysia juga turut meninggalkan ucapan di ruangan komen video tersebut.

Kejadian tersebut telah menjadi satu memori yang akan sentiasa terpahat di hati Nadia. Walaupun sedih, dia juga gembira kerana ibunya masih sempat melihat hari bahagia tersebut.

BACA: Penghalang Pandemik Dicabut, Jemaah Dapat ‘Sentuh’ Semula Kaabah Selepas 2 Tahun

Sumber: TikTok

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.