Siakap Keli
china latihan tentera
Gambar: GCaptain

China Kerah Aset, Umum Operasi & Latihan Tentera Keliling Taiwan Bermula Serta-merta

China Kerah Aset, Umum Operasi & Latihan Tentera Keliling Taiwan Bermula Serta-merta

China mengumumkan akan melaksanakan ‘operasi tentera bersama’ di sekitar Taiwan termasuk latihan penembakan menggunakan peluru hidup jarak jauh di Selat Taiwan beberapa minit selepas Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Nancy Pelosi mendarat pada malam Selasa. 

Menurut pengumuman dari Komando Teater Timur Tentera Pembebasan Rakyat, mulai malam Selasa satu siri latihan akan diadakan di laut dan udara sekitar Taiwan. 

“Tindakan ini merupakan satu langkah yang serius bagi peningkatan mendadak tindakan negatif Amerika Syarikat terhadap isu berkait dengan Taiwan dan merupakan amaran serius kepada para ‘pejuang kemerdekaan’ yang mahu ‘memerdekakan’ Taiwan ,” jelas jurucakap mewakili Pusat Arahan Teater Timur, Kol. Shi Yi. 

Memetik CNN, Teater Timur merupakan salah satu dari lima pusat perintah bersama Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) dengan bidang kuasa ke atas wilayah pantai timur China Fujian dan Zhejiang yang terletak bertentangan di atas Taiwan. 

Menurut China, PLA sedang dalam mod berjaga-jaga untuk melancarkan beberapa siri operasi ketenteraan sebagai persediaan untuk mengatasi perkara tersebut untuk mempertahankan kedaulatan negara dan integriti wilayah mereka. 

Menerusi media di China, mereka juga telah menyiarkan peta menunjukkan beberapa kawasan di sekitar Taiwan di mana PLA akan memulakan latihan ketenteraan termasuk latihan tembakan langsung dari Khamis hingga Ahad. 

Pengumuman itu dibuat selepas pesawat Tentera Udara AS yang membawa Pelosi mendarat di ibu kota Taiwan, Taipei yang merupakan lawatan kali pertama Speaker Dewan AS dalam tempoh 25 tahun. 

BACA: Selepas 25 Tahun Taiwan Terima Kunjungan Speaker Dewan AS

BACA JUGA: Kontinjen Negara Kembali Ceria, Raih Emas Ketiga Menerusi Skuad Badminton

Sumber: CNN

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.