Ribut solar diramal landa bumi hari ini, mungkin cetuskan fenomena aurora di beberapa kawasan di Amerika Syarikat
Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan (NOAA) memaklumkan bahawa bumi dijangka akan dilanda ribut solar pada 3 Ogos (Rabu) apabila terdapat kemungkinan ribut geomagnet kelas G1 kecil telah melanda planet ini.
Menurut laporan Daily Mail, angin suria berkelajuan tinggi dari ‘lubang’ di atmosfera matahari akan melanda medan magnet bumi pada hari esok dan mencetuskan ribut geomagnet G-1 kecil.
Fenomena ribut solar ini dijangka berpotensi menimbulkan masalah besar pada grid kuasa dan internet. Namun, orang ramai diminta untuk tidak panik dan kekal tenang kerana ribut itu diklasifikasikan sebagai lemah.
Laporan dari Space Weather juga memberitahu, peramal di Pusat Ramalan Cuaca Angkasa (SWPC) Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Negara membuat ramalan selepas memerhatikan terdapatnya ‘bahan gas mengalir dari lubang selatan di atmosfera matahari’.
Menurut Daily Mail pula, Ribut G-1 ini boleh melemahkan turun naik grid kuasa, memberi kesan kepada satelit dan berpotensi mencetuskan aurora di kawasan sekitar kutub utara. Oleh itu, dalam kes ini aurora akan dapat dilihat diatas langit Kanada dan Alaska.
Disebabkan lubang korona
Ribut geomagnet itu disebabkan oleh lubang korona di kawasan barat daya menghadap muka matahari yang memuntahkan ‘bahan gas’.
Pegawai yang bekerja dalam operasi cuaca di angkasa, Mike Cook, memberitahu DailyMail bahawa lubang itu telah meningkatkan kelajuan angin suria dengan menembak angin suria dalam aliran.
Beliau juga menyatakan bahawa ia diramalkan akan menyebabkan sebarang keadaan yang berlaku di G-1, tetapi mereka perlu melihat sama ada ramalan itu akan menjadi kenyataan dalam masa 24 hingga 48 jam akan datang.
Sama seperti yang dikatakan oleh Mike Cook kepada Daily Mail, portal Live Science juga menyatakan matahari sama seperti bumi iaitu mempunyai medan magnet yang kuat akan membuatkan serpihan suria ini diserap sekaligus mencetuskan ribut geomagnet.
Semasa ribut ini, medan magnet bumi akan dimampatkan sedikit oleh gelombang zarah yang sangat bertenaga. Zarah-zarah ini mengalir ke garisan medan magnet berhampiran kutub dan menggerakkan molekul di atmosfera.
Kemudiannya ia akan melepaskan tenaga dalam bentuk cahaya untuk mencipta aurora berwarna-warni sama seperti yang terjadi di Cahaya Utara.
Ribut yang dihasilkan oleh serpihan ini akan menjadi lemah. Sebagai ribut geomagnet G1, ia berpotensi menyebabkan turun naik kecil dalam grid kuasa dan memberi kesan kepada beberapa fungsi satelit termasuklah peranti mudah alih dan sistem GPS.
Dilaporkan, kejadian in juga akan membawa aurora ke selatan seperti Michigan dan Maine.
Laporan dari Live Science juga menyatakan bahawa ribut geomagnet yang lebih melampau boleh mengganggu medan magnet planet kita dengan cukup kuat untuk menghantar satelit jatuh ke Bumi.
Saintis juga telah memberi amaran bahawa ribut geomagnet yang melampau mampu melumpuhkan sistem internet.
Ribut ini datang ketika matahari naik ke fasa paling aktif dalam kitaran suria selama kira-kira 11 tahun.
Sumber: Lives Science, Daily Mail