Siakap Keli

Tiga Terbunuh, Enam Tercedera Dalam Serangan Pisau Di Tadika

Tiga Terbunuh, Enam Tercedera Dalam Serangan Pisau Di Tadika

Beijing tiga orang terbunuh dan enam lagi cedera dalam satu serangan pada hari Rabu di sebuah tadika di Wilayah Jiangxi, tenggara China, kata polis.

Seorang “samseng memakai bertopeng dan memakai topi” menyerang tadika swasta di daerah Anfu kira-kira pukul 10 pagi waktu tempatana, kata polis dalam satu kenyataan yang diterbitkan di Weibo seperti Twitter China.

Suspek yang berusia 48 tahun itu masih bebas dan belum berjaya ditangkap, tambah mereka.

“Organisasi keselamatan awam sedang berusaha sedaya upaya untuk memburu suspek,” kata kenyataan polis itu.

Dalam satu video yang dikongsi oleh Beijing Daily, seorang pegawai polis dilihat membawa seorang kanak-kanak kecil dalam pelukannya ke ambulans. Umur mangsa masih belum diumumkan.

Jenayah serangan keganasan seperti ini jarang berlaku di China. China juga melarang sekera-kerasnya rakyat memiliki senjata api, namun terdapat beberapa kejadian beberapa tikaman yang menggunakan pisau sering terjadi di China sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Serangan maut yang khusus menyasarkan pelajar tadika dan sekolah telah berlaku di seluruh negara, dilakukan oleh orang yang ingin membalas dendam kepada masyarakat atau kerana rungutan dari rakan sekerja.

Serangan itu telah memaksa pihak berkuasa untuk meningkatkan keselamatan dan menggesa untuk lebih banyak penyelidikan mengenai punca tindakan ganas tersebut.

April lalu, dua kanak-kanak maut dan 16 lagi cedera apabila seorang lelaki bersenjatakan pisau memasuki sebuah tadika di selatan China.

Pada 2020, seorang penyerang bersenjatakan pisau mencederakan 37 pelajar dan dua dewasa di sebuah sekolah rendah di selatan China. Media tempatan mengenal pasti seorang pengawal keselamatan sebagai pelakunya.

Kemudian pada tahun itu juga seorang lelaki dijatuhi hukuman mati kerana meracuni berpuluh kanak-kanak dalam tindakan membalas dendam terhadap rakan sekerja yang menyebabkan seorang kanak-kanak mati.

Mahkamah di wilayah Henan, China tengah berkata, tertuduh, Wang Yun, memasukkan natrium ke dalam bubur yang disediakan untuk pelajar rakan sekerjanya, menyebabkan 25 orang sakit.

Dalam serangan lain yang lebih terbaru, empat orang cedera dalam satu serangan di sebuah hospital besar Shanghai bulan lalu. Penyerang yang bersenjatakan pisau itu ditembak dan kemudiannya ditangkap oleh polis.

Dalam kes lain, enam orang terbunuh dan 14 cedera selepas seorang lelaki menyerang menggunakan pisau pejalan kaki yang menggunakan laluan pejalan kaki di bandar Anqing, timur China pada Jun tahun lalu.

Sumber: AFP

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.