Bot Terbalik Di Lautan Atlantik, Warga Emas Ditemui Selamat Lepas 16 Jam ‘Terkandas’
SEPANYOL – Seorang lelaki warga Perancis berusia 62 tahun terselamat setelah 16 jam ‘terkandas’ di laut selepas bot miliknya terbalik di Lautan Atlantik, lapor NBC News.
Menurut pengawal pantai Sepanyol, misi menyelamat itu disifatkan sebagai hampir mustahil kerana masa menjadi ‘batu penghalang’ untuk mereka.
Lelaki warga emas itu akhirnya berjaya diselamatkan apabila mereka menerima isyarat kecemasan yang dihantarkan oleh bot mangsa pada malam Isnin lalu.

Pengawal pantai Sepanyol berkata mangsa telah menghantar isyarat kecemasan sejurus sebelum jam 8:30 malam waktu tempatan iaitu kira-kira 14 batu dari Kepulauan Sisargas di luar wilayah Galicia barat laut Sepanyol.
Menurut laporan, data penjejakan menunjukkan bot itu telah berlayar dari ibu negara Portugal, Lisbon pada pagi Ahad.
Dalam video dramatik yang dikongsi oleh pengawal pantai, seorang penyelamat dilihat telah diturunkan ke atas kapal.
Kemudian, penyelamat itu mengetuk badan kapal sebelum mendengar bunyi dari mangsa.

Mangsa dikatakan telah memberikan tindak balas dengan memukul dan mengetuk dari dalam bot.
Dalam keadaan laut bergelora, pengawal pantai memasang belon apungan pada badan kapal untuk mengelakkannya daripada tenggelam lebih jauh dan mereka menunggu sehingga waktu pagi.
Lelaki itu akhirnya berjaya diselamatkan sekitar jam 12 tengah hari pada Selasa.
“Setiap nyawa yang diselamatkan adalah ganjaran terbesar kami,” kata pengawal pantai.
Mangsa telah dibawa ke hospital untuk diberikan rawatan.
“Cada vida salvada es nuestra mayor recompensa”
Así fue el rescate realizado ayer por Salvamento Marítimo al tripulante del velero francés JEANNE SOLO SAILOR que estaba quilla al sol a 14 millas NNW de Islas Sisargas. pic.twitter.com/gqobWTSoWc
— SALVAMENTO MARÍTIMO (@salvamentogob) August 3, 2022
BACA: “Seakan Digali ‘Sesuatu’,” Saintis Dilapor Temui Beberapa Lubang Misteri Di Lautan Atlantik