Gangguan Bekalan Air Dijangka Berlaku Di 188 Kawasan Hulu Selangor, Dari 9 – 11 Ogos Ini
Air Selangor dalam satu perkongsian telah mengeluarkan notis tentang masalah gangguan bekalan air berjadual dan senarai kawasan terjejas susulan kerja-kerja penambahbaikan dan penyelenggaraan aset di Lojo Rawatan Air Sungai Rasa.
Makluman berkenaan dimuat naik di laman facebook rasmi Air Selangor sebentar tadi.
Pelaksanaan kerja-kerja ini bakal menyebabkan berlakunya gangguan bekalan air berjadual di 188 kawasan di Wilayah Hulu Selangor bermula jam 9:00 pagi, 9 Ogos 2022 dan dijangka akan pulih sepenuhnya pada jam 1:00 pagi, 11 Ogos 2022.
Antara kawasan-kawasan yang akan terjejas seperti Ampang Pecah, Bandar Tasik Puteri, Banda Utama Batang Kali, Jalan Besar Ulu Bernam, Bukit Beruntung, Kota Puteri dan Kuang.
Senarai penuh kawasan yang terlibat dalam gangguan bekalan air berjadual ini boleh dirujuk dibawah.




Pengguna dinasihatkan agar membuat persediaan dengan menyimpan air secukupnya untuk kegunaan seisi rumah dan pastikan semua bekas simpanan air ditutup dengan selamat.
Sumber: Air Selangor