Laman Web Maybank2U Dilapor Tergendala, Masalah Sedang Diatasi Ketika Ini
Maybank melalui satu tweet sebentar tadi memaklumkan bahawa laman web Maybank2U tergendala dan tidak boleh diakses buat sementara waktu.
Tweet berkenaan bagaimanapun tidak menyatakan masalah yang dihadapi, namun kerja-kerja untuk memulihkan kembali perkhidmatan tersebut sedang dijalankan.
Para pelanggan yang mempunyai urusan boleh berbuat demikian melalui aplikasi Maybank2U atau MAE memandangkan kedua-dua platform berkenaan tidak berdepan dengan sebarang masalah.
Dalam balasan tweet kepada pelanggannya, Maybank berkata pihaknya sedang berdepan dengan gangguan perkhidmatan sementara untuk kemudahan laman web penuh Maybank2U buat sementara waktu. Bagaimanapaun, perkhidmatan perbankan yang lain beroperasi seperti biasa.
Hi, segala kesulitan amat dikesali. Harap maklum bahawa kami sedang mengalami gangguan perkhidmatan sementara untuk kemudahan laman web penuh Maybank2u buat masa ini (perkhidmatan perbankan lain termasuk aplikasi beroperasi seperti biasa).
— Maybank (@MyMaybank) August 6, 2022
Maybank memohon maaf diatas kesulitan ini dan mengucapkan terima kasih di atas sokongan yang ditunjukkan oleh para pelanggannya.
#MBBAlert Dear valued customers,
Kindly be informed that you may perform your banking services on MAE and M2U MY apps.
Our Maybank2u web is currently unavailable and we are working on restoring this service.
(1/2)
— Maybank (@MyMaybank) August 6, 2022
Sumber: Maybank