Siakap Keli
papan lapis sekam padi
Gambar: BCCL via India Times

Lelaki Cipta Papan Lapis Daripada Sekam Padi, Kalis Anai-anai

Seorang lelaki dari Chennai, India membuat inovasi baharu dengan mencipta papan lapis daripada sekam padi yang kalis daripada anai-anai.

India merupakan negara kedua dalam pengeluaran papan lapis di dunia. Menurut data industri tersebut, pasaran domestiknya telah mencapai nilai RM13.80 bilion pada 2021 dan dijangka akan mencecah  RM19.48 bilion pada 2027. Kedudukan negara tersebut dalam penghasilan kayu lapis hanya sedikit ‘ketinggalan’ di belakang China.

Papan lapis dihasilkan dengan menyatukan beberapa lapisan kayu venir nipis dengan menggunakan perekat yang kuat. Populariti papan lapis telah meningkat sejak beberapa tahun disebabkan pengaplikasiannya pada lantai, atap, perabot dan sebagainya.

Gambar hiasan | Kredit: BCCL

Papan lapis, tanpa ‘papan’

Walau bagaimanapun, peningkatan terhadap penggunaan barangan yang berasaskan kayu telah mengakibatkan lebih banyak pokok yang perlu ditebang untuk mencapai permintaan yang semakin meningkat.

Apabila menyedari perkara ini, seorang veteran dalam industri ini telah berfikir di luar kotak dan mencari alternatif lain untuk menggantikan penggunaan kayu dalam papan lapis.

BL Bengani, seorang penduduk di Chennai, India memiliki pengalaman lebih daripada 30 tahun dalam bidang penghasilan papan lapis dan produk panel. Dia juga pernah bekerja dengan beberapa nama besar dalam industri tersebut.

Gambar hiasan | Kredit: Indiatimes

Papan Komposit Fiber Semulajadi

Pada tahun 2016, Bengani telah mengundurkan diri daripada Uniply dan membawa diri ke haluan yang berbeza. Dia mula menjalankan kajian untuk mencari alternatif kayu bagi papan lapis.

“Dia telah mengundurkan dirinya kerana mahu mendapatkan sesuatu yang baharu atas beberapa sebab. Pertama, dia menyedari kuantiti kayu balak telah berkurang disebabkan sekatan pemotongan pokok yang telah dikenakan oleh beberapa negeri. Dia juga menyedari bahawa pada masa depan, akan ada alternatif bagi papan lapis,” Priyanka Kucheria, anak perempuan Bengani, juga merupakan Ketua Pemasaran di Indowud memberitahu Indiatimes.

Bengani tidak perlu melihat jauh untuk mencari alternatif bagi bahan mentah tersebut kerana kilangnya di Chennai berdekatan dengan beberapa kilang beras.

Gambar hiasan | Kredit: BCCL

Dengan menggunakan sekam beras yang merupakan salah satu sisa industri, Bengani telah mencipta satu rekaan yang bernama Papan Komposit Fiber Semulajadi, atau dengan singkatannya ‘Papan NFC’.

“Dia telah merantau ke banyak negara dan telah berbincang dengan beberapa orang yang terlibat dalam industri ini untuk dijadikan sebahagian daripada kajian dan mengambil maklum balas. Proses kajian ini secara keseluruhan telah mengambil masa hampir dua tahun. Ia mengambil masa yang lama untuk mendapatkan kombinasi yang tepat. Papan tersebut sudah sedia untuk dipasarkan pada tahun 2019 ,” kata Priyanka.

Bagaimanakan Papan NFC Dihasilkan

Papan NFC dihasilkan dengan menggunakan bahan buangan agrikultur, mineral-mineral semula jadi, agen gandingan termos bukan toksik dan virgin polymer sebagai ejen penyatuan.

Kredit: Indowud

Proses penghasilan bermula dengan menghancurkan sekam padi kepada bentuk serbuk. Kemudian, hasil serbuk tadi dikeringkan pada 70-80 darjah untuk mengurangkan kandungan airnya dan akan dijadikan sebagai asas untuk papan tersebut.

Kalis Serangan Anai-Anai Dan Kalis Air

Menurut anak perempuannya, papan NFC telah datang dengan beberapa kelebihan jika dibandingkan dengan papan lapis.

“Papan NFC adalah 100 peratus kalis serangan anai-anai dan kalis air, tahan cuaca dan juga tahan api. Anda boleh menggunakan papan NFC untuk hiasan luaran, taman dan sebagainya. Ia juga boleh dikitar semua secara total,” katanya.

Tambahan pula, papan NFC merupakan papan yang thermoforming iaitu, satu proses yang akan mengubah bentuk papan dengan menggunakan haba. Perkara yang menakjubkan ini tidak boleh dilakukan pada papan lapis biasa sahaja.

Gambar hiasan | Kredit: Indowud

Meningkatkan Imej dalam Pasaran

Sejak pengenalan papan NFC ke dalam pasaran, syarikat itu mengatakan bahawa mereka sedang menjalani perniagaan yang baik. Mereka juga yakin bahawa minat pengguna-pengguna papan lapis ini akan lebih terserlah apabila mereka menjadi lebih cakna akan kelestarian alam.

“Kini, kami telah mendapat nama di sekitar 12 negeri di India. Kami juga mula mengeksportnya ke Australia, New Zealand dan Oman. Kami mencuba untuk mengembangkan lagi imej kami di peringkat antarabangsa,” anak perempuannya berkata lagi.

Kredit: Indowud

Fasiliti Indowud di Chennai telah memiliki kapasiti penghasilan sekitar 2,000 papan NFC, yang mana syarikat ini mampu menyelamatkan 10,000 kubik meter kayu asli daripada ditebang setiap tahun.

Memandangkan lumrah pasaran yang memerlukan kita untuk sentiasa bersaing, syarikat tersebut menyatakan produk generasi baharunya akan dijual dengan tanda harga yang mirip dengan harga papan lapis yang terbaik di pasaran.

Sementara Bengani telah menggunakan sekam padi untuk mencipta alternatif papan lapisnya, Priyanka berkata bahawa bahan mentah itu boleh dijadikan daripada  apa-apa sahaja sisa tanaman.

“Kami menggunakan sekam padi kerana terdapat banyak bekalannya di India. Walau bagaimanapun, formula yang sama boleh digunakan untuk mencipta papan NFC daripada pelbagai jenis sisa tanaman termasuklah sabut kelapa, daun nenas dan kulit koko yang akan diusahakan pada masa akan datang,” tambah Priyanka.

Dapat Memberhentikan Pembakaran Sisa Tanaman

Menurut Priyanka, papan NFC bdapat membantu untuk menambahbaik kualiti udara di utara India. Udara di utara India telah menjadi bertoksik pada musim sejuk disebabkan pembakaran sisa tanaman.

Gambar hiasan | Kredit: BCCL

“Para petani di utara India membakar sisa tanaman kerana meraka tidak tahu bagaimana untuk memanfaatkannya. Sisa tanaman yang sama boleh digunakan untuk menghasilkan papan NFC daripada membiarkannya terbakar secara terbuka,” ujarnya.

Sumber: Indiatimes News

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.