Gempar, Nelayan Temui ‘Kotak Misteri’ Terapung Tengah Laut
Beberapa orang nelayan terkejut selepas menemui kotak besi misteri yang besar terapung di laut Australia.
Memetik laporan Daily Mail, mereka dipercayai sedang memancing ikan tenggiri ketika terlihat seakan satu serpihan di Teluk Carpenteria di timur laut Groote Eylandt.
Difahamkan, kotak besi itu berukuran antara lima hingga empat meter.
“Kami melepasi kira-kira 300 meter dari kotak itu apabila melihatnya.
“Jika tidak memberi perhatian dengan teliti atau berada di situ pada waktu malam, kemungkinan besar ia tidak dapat dilihat,” kata salah seorang daripada nelayan.

Difahamkan, salah seorang daripada mereka juga telah berenang ke dalam air untuk memeriksa ‘objek’ tersebut tetapi tidak boleh membukanya.
“Kami fikir ia adalah bekas bahan api atau sejenis tempat penyimpanan kerana ia boleh dikunci.
“Ia juga mempunyai hos yang keluar darinya, jadi saya syak ia telah terjatuh ke dalam laut atau terjatuh,” katanya.
Mereka tidak dapat menunda objek itu, jadi mereka mengikatkannya pada sebuah bouy penanda.

Objek itu dikatakan mungkin datang dari kapal lain kerana Teluk Carpenteria merupakan laluan perkapalan utama.
Pihat berkuasa maritim tempatan telah mengeluarkan amaran mengenai keselamatan di situ.
“Notis amaran kepada pelaut telah dikeluarkan untuk perairan di North East Groote Eylandt selepas sebuah kotak ditemui di kawasan itu.
“Semua kapal di kawasan sekitar perlu berwaspada dan mengemudi dengan sangat berhati-hati,” katanya.
Sumber: Daily Mail