Siakap Keli
Kredit: Sahabat Kelapa Indonesia (Facebook)

Ladang Dilengkapi Parit, Teknik Unik Industri Kelapa Di Thailand Jadi Perhatian

Negara ‘Land of Smiles’ ini telah memiliki reputasi cemerlang dalam industri kelapa dengan adanya insiatif kerajaan dan strategi yang disifatkan bijak dan dapat membawa hasil pulangan yang lumayan.

Ketika menuju ke pintu pelepasan, Hasbullah telah ternampak satu wajah yang dikenalinya.

“Tasya pergi ke Thailand juga ke? Melancong seorang diri ke tu?” Hasbullah menyapa Faranatasya sambil berseloroh.

“Eh taklah. Tasya pergi ke Thailand atas urusan kerja. Ini berkaitan dengan bisnes Nata de Coco yang Tasya usahakan.”

“Oh, faham. Tapi kenapa Thailand?” Hasbullah mengerutkan dahinya. 

Faranatasya tersenyum sambil berkata kepada Hasbullah, “Nanti Tasya bagitahu masa kita naik flight”

Gambar hiasan | Kredit: Pexels

Persoalan yang bermain di fikiran anda, mengapa Cik Faranatasya memilih Thailand sebagai lokasinya untuk memperkembangkan bisnes Nata de Coconya?

Thailand Sebagai Salah Satu Negara Pengeluar Kelapa Terbesar di Dunia

Perkara ini disebabkan Thailand menguasai bisnes kelapa muda di peringkat antarabangsa. Menurut National Geographic, Thailand merupakan negara ketiga pengeksport kelapa dunia, selepas Indonesia dan Filipina dengan jumlah kelapa sebanyak 500,000 tan pada 2019.

Thailand tidak pernah bersifat acuh tidak acuh terhadap perniagaan kelapa. Selain daripada produk santan, Thailand lebih maju dalam industri kelapa mudanya.

Keluasan ladang kelapa yang terdapat di negara tersebut adalah tidak melebihi dari 230,000 hektar persegi. Thailand telah mengeksport lebih 62 juta biji kelapa muda dengan nilai USD60 juta (RM 267.54 juta) pada tahun 2016.

Kredit: Sahabat Kelapa Indonesia (Facebook)

Terdapat satu jenis kelapa yang dieksport iaitu kelapa pandan wangi. Kelapa pandan wangi merupakan sejenis kelapa yang mengandungi air yang manis dan beraroma pandan.

Menurut hantaran Facebook oleh Sahabat Kelapa Indonesia, perkara ini berbeza dengan industri kelapa di negara berkenaan. Negara tersebut memiliki keluasan ladang kelapa sebanyak 3.5 juta hektar persegi dan menghasilkan lebih banyak kelapa secara keseluruhan.

Namun begitu, kelapa muda hanya dijual dalam lingkungan pasaran tempatan sahaja dan jenis kelapa yang dijual adalah secara rawak.

Strategi Thailand Untuk Memegang Takhta Dalam Penghasilan Kelapa Global

Merujuk perkongsian Sahabat Kelapa Indonesia, Thailand sangat memandang serius mengenai pembangunan industri kelapanya. Ladang kelapa pandan wangi di negara tersebut telah dibangunkan dengan sangat baik.

Salah satu usaha yang dilakukan adalah perancangan dan pembinaan sistem perparitan yang sistematik untuk menjamin pengairan pokok kelapa. Sistem perparitan ini juga memastikan buah kelapa yang gugur tidak akan pecah dan memudahkan pengangkutan ke kilang pemprosesan.

Kredit: Sahabat Kelapa Indonesia (Facebook)
Kredit: Sahabat Kelapa Indonesia (Facebook)

Selain itu, parit yang dibina ini bersifat serampang dua mata kerana ia boleh dijadikan tempat perternakan ikan dan menjadi sumber pendapatan tambahan kepada petani.

Seterusnya, pemilihan benih yang sihat dan diperakui telah digunakan untuk menghasilkan pokok kelapa yang sihat. Jika pokok kelapa memiliki kualiti yang mantap, ia akan menghasilkan saiz buah kelapa yang seragam dan baik dari segi bentuk dan saiz.

Kesimpulannya, kelapa pandan wangi Thailand yang disahkan organik ini telah mendapat sasaran harga premium di pasaran. Malah, industri ini juga mampu menjadi satu tarikan kepada pelancong asing yang mengunjungi negara tersebut.

Perkara yang disifatkan luar biasa ini wajar dicontohi dan dijadikan sebagai panduan untuk meningkatkan produktiviti industri pertanian negara kita secara keseluruhan.

Kredit: Sahabat Kelapa Indonesia (Facebook)

 

Sumber: Sahabat Kelapa Indonesia via Facebook

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma