Siakap Keli
Gambar: Google

WhatsApp Perkenal Ciri Baharu, Keluar ‘Group’ Tanpa Diketahui Ahli Lain

WhatsApp Perkenal Ciri Baharu, Keluar ‘Group’ Tanpa Diketahui Ahli Lain

WhatsApp bakal menerima beberapa peningkatan demi menjaga dan perbualan pengguna.

Mark Zuckerberg menerusi akaun Facebook rasminya menyatakan bahawa terdapat ciri baru yang bakal diperkenalkan bagi meningkatkan privasi mesej di WhatsApp.

Kini anda boleh keluar dari ‘group’ tanpa perlu memberitahu kepada semua yang berada di dalam ‘group’ tersebut.

Selain itu, anda boleh mengawal orang yang boleh melihat status ‘online’ anda ketika anda sedang berada di talian.

Seterusnya, anda juga akan boleh mengalang tangkapan skrin (screenshots) pada mesej yang hanya boleh dilihat sekali sahaja di WhatsApp.

Kesemua ciri baru ini mampu melindungi mesej dan memastikan perbualan peribadi anda selamat. Ciri-ciri privasi lain juga akan ditingkatkan dari masa ke semasa.

https://www.facebook.com/zuck/posts/pfbid0SpGLGuycAAic9icVxdq2XND7nupqRG1k2DUjkuu7vj1sXBEyXJwzoH6RTMWN7t9sl

Sumber: Facebook

Anis Annisa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.