Siakap Keli
Enggan Lakukan Hubungan Seks
Gambar: Times Now

Enggan Lakukan Hubungan Seks, Wanita Nekad Lompat Keluar Dari Kereta

Enggan Lakukan Hubungan Seks, Wanita Nekad Lompat Keluar Dari Kereta

Seorang wanita yang disyaki merupakan pekerja seks komersial dalam talian (PSK) maut kerana terjun dari kereta selepas dipaksa melakukan hubungan seks di Kota Pagaralam, Sumatera Selatan, lapor RCTI+.

Wanita itu didakwa dalam keadaan ketakutan dan terdesak untuk melompat keluar selepas dipaksa melakukan hubungan seks di dalam kereta.

Insiden tersebut bermula apabila mangsa dan suspek berhubung menggunakan aplikasi MiChat dan bersetuju untuk berjumpa berdasarkan harga yang dipersetujui.

Namun begitu, mangsa dikatakan menolak permintaan suspek untuk melakukan hubungan seks di dalam kereta yang dipandunya.

Ketua Polis Daerah Pagaralam, AKBP Arif Harsono berkata, kejadian bermula dengan perjanjian seksual antara pelaku dan mangsa melalui aplikasi MiChat pada Sabtu lalu (30/7/2022).

Tambahan AKBP Arif Harsono sebelum kejadian, suspek menjemput mangsa di rumah sewa dan membawa mangsa ke Desa Cawang Baru, Desa Rebah Tinggi, Daerah Dempo Utara dengan memandu keretanya.

Kekecohan berlaku apabila suspek mengajak mangsa melakukan hubungan seks di dalam kereta namun mangsa menolak.

Mangsa mengambil keputusan untuk melarikan diri dengan cara menerjun dari kereta suspek lalu jatuh di atas jalan.

Suspek meninggalkan mangsa di tempat kejadian. Mangsa ditemui oleh penduduk dan dibawa ke Hospital Besar Wilayah (RSUD) Besemah Pagaralam dan disahkan meninggal dunia.

Suspek telah berjaya ditahan di kawasan Simpang Manna. Suspek memberi kenyataan bahawa dia telah memindahkan 1 Juta Rupiah kepada mangsa. Motif kejadian difahamkan oleh kekecewaan.

Siasatan akan terus dilakukan oleh pihak polis. Suspek mungkin akan didakwa mengikut Perkara 338 Kanun Jenayah kes yang mengakibatkan kematian dengan hukuman penjara maksimum 15 tahun.

Sumber: RCTI+

Baca: “Dia Biar Je Susu Anak Tumpah, Kalau Aku Tak Lap, Sampai Ke Esok Lah Kering & Masam Di Situ..”

Anis Annisa