Seakan Tulisan Komputer, Karya Unik Lelaki Ini Berjaya Buat Ramai Terpukau
Tulisan manusia adalah berbeza mengikut individu dan berbeza antara satu sama lain. Tulisan tangan yang dihasilkan oleh seseorang individu adalah unik dan mencerminkan personaliti individu tersebut.
Tulisan yang cantik dan kemas kebiasaannya dimiliki oleh individu yang mementingkan kekemasan dan kesempurnaan.
Bercakap mengenai itu, satu video yang memaparkan seorang lelaki yang berkebolehan untuk menghasilkan seni tulisan jawi dan rumi dengan sangat cantik dan kemas telah menjadi tular di media sosial.
Individu tersebut dikenali sebagai Haji Anwar Khan. Beliau mampu menulis dalam pelbagai ‘font’ yang seakan tulisan yang dihasilkan oleh komputer.
Kebolehan unik tersebut telah membuatkan video yang memaparkan beliau sedang tekun menyiapkan hasil karyanya itu tular di media sosial.
Selain itu juga, beliau juga turut berkebolehan untuk menghasilkan tulisan khat dengan pelbagai jenis bentuk tulisan khat. Kebanyakkan hasil khat yang dihasilkan merupakan ayat-ayat Al-Quran dan nasihat.
Sebagai jemaah tetap Masjid Bandar Seri Putra, hasil karya yang dihasilkan oleh beliau ada dipamerkan di sepanjang pintu masuk masjid tersebut.
Karya-karya kaligrafi yang dihasilkan juga menggunakan dakwat yang bewarna warni menjadikan karya tersebut lebih menarik.
@idriszulkifle Tulisan cantik macam tulisan Komputer.#fyp #handwriting #masjid #cantik
Sumber : Malaysianupdatenews via TikTok