Planetarium Negara menjemput orang awam menyertai program Pencerapan Zuhal pada 14 Ogos jam 9 malam hingga 12 tengah malam.
Dalam pada itu, mereka juga menyediakan tiga buah teleskop untuk memudahkan pengunjung melihat cerapan Zuhal sempena fenomena Zuhal yang berada di titik Istiqbal.
Menurut Planetarium Negara, pada 15 Ogos 2022, jam 1.02 pagi, Planet Zuhal akan berada di kedudukan ‘Istiqbal” iaitu kedududukan tepat di belakang Bumi bertentangan dengan Matahari bagi tahun 2022.
“Mulai jam 8:06 malam pada 14 Ogos, planet Zuhal kelihatan muncul di buruj Capricorn dan akan berada di langit sehingga 6.31 pagi 15 Ogos keesokan harinya,” jelas Planetarium Negara.
Dalam pada itu, Zuhal juga akan berada pada kedudukan paling tinggi iaitu 71 darjah pada arah selatan 15 Ogos nanti lebih kurang jam 1.19 pagi.
BACA: Dipercayai Tak Mampu Jaga, Lelaki Didakwa Buang Isteri Hidap Stroke Dalam Hutan
BACA JUGA: Kuda Penarik Gerabak Kurus Kering Pengsan Tengah Panas, Viral Dikdawa Kena ‘Siksa’ Pula Dengan Tuan
Sumber: Planetarium Negara