Siakap Keli
Kredit: Indo Zone

Demi Air Bersih, Penduduk Terpaksa Turun Ke Dasar Gua Dengan Kedalaman 25 Meter

Musim kemarau merupakan satu keadaan yang sinonim dengan kekeringan kerana kadar kerpasan rendah di sesuatu wilayah. Pada kawasan beriklim tropika, biasanya musim kemarau akan berlaku dalang lingkungan April sehingga September. Pada musim tersebut, beberapa kawasan di zon tropika akan mengalami kekurangan bekalan air bersih secara drastik.

Hal ini disebabkan kelembapan udara sangat rendah menyebabkan beberapa sumber mata air dan sungai menjadi kering. Kekurangan air ini juga boleh membawa kepada kekurangan bekalan makanan.

Perkara ini disebabkan terdapat berkemungkinan memaksa banyak haiwan herbivor untuk berhijrah ke tempat yang lebih subur. Musim ini juga boleh menyebabkan kekurangan kandungan air dalam tumbuhan dan menyumbang kepada kebakaran hutan.

Menurut satu artikel yang pernah diterbitkan di Siakap Keli,  Pusat Meteorologi Khusus ASEAN (ASMC) memaklumkan bahawa musim kemarau di wilayah Asia Tenggara termasuk Singapura, Brunei, Indonesia, Malaysia dan selatan Thailand telah pun bermula. Keadaan itu berkemungkinan akan berlanjutan hingga Oktober 2022 nanti.

Keratan Artikel dahulu

Musim Kemarau di Pacitan, Jawa Timur

Berdasarkan permakluman oleh ASMC, perkara ini telah memberi kesan kepada penduduk di wilayah ASEAN, termasuklah seperti yang dialami warga Pacitan, Jawa Timur yang selalu mengalami masalah bekalan air pada setiap musim kemarau. Sebenarnya, kawsan tersebut sudah memiliki perpaipan untuk saluran air bersih, namun airnya sering tidak dapat mengalir.

Kredit: Indo Zone

Satu-satunya harapan yang ada hanyalah sumber air bersih yang berasal daripada sebuah sungai yang mengalir di bawah tanah. Kedudukan sungai bawah tanah ini terletak di dalam sebuah sebuah gua yang tidak pernah kering. Penduduk tempatan memanggil gua tersebut dengan nama Kali Luweng.

Kredit: Indo Zone

Demi mendapatkan bekalan air daripada Kali Luweng, ia bukanlah satu perkara yang mudah. Penduduk Pacitan perlu menuruni tangga konkrit yang curam sedalam 25 meter, sambil membawa bekas plastik untuk mengambil airnya. Bekas plastik yang sudah dipenuhi dengan airnya akan digendong oleh penduduk tempatan sambil menaiki tangga yang curam sebelum ini.

Kredit: Indo Zone

Senario yang mereka hadapi ini bersesuaian dengan peribahasa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.  Mereka tidak mempunyai pilihan lain, hanya perjuangan ini yang mampu mereka lakukan demi bertahan pada musim kemarau. Tambahan pula, aktiviti mengambil air sungai bawah tanah ini sudah menjadi tradisi selama ratusan tahun dan turun temurun.

Penduduk tempatan menggunakan air dari dasar gua ini untuk kehidupan seharian seperti air minuman, memasak, mandi, mencuci dan memberi minum haiwan ternakan. Perkara ini membuatkan kita berasa sayu kerana sesuatu masyarakat tidak perlu bersusah payah untuk mendapatkan keperluan asas bagi kehidupan manusia.

Kredit: Indo Zone

Kesusahan masyarakat Pacitan untuk memenuhi keperluan asas mereka tidak sepatutnya untuk dijadikan sebagai satu tradisi. Lagi menyedihkan, kita dapat melihat warga emas yang sebaya dengan ibu dan nenek kita, terpaksa berbuat demikian demi meneruskan kelangsungan hidup.

Pihak kerajaan mahupun badan bukan kerajaan wajarlah mengambil tindakan atas isu ini kerana penyelesaian bagi ini bertepatan dengan prinsip Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals, SDGs) yang telah dipegang oleh Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 2015.

BACA JUGA: Musim Kemarau Di Wilayah Asia Tenggara Dilapor Telah Bermula

Sumber: Indo Zone

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma