Siakap Keli
Bumi Sedang Menuju Ke Arah Kepupusan Besar-Besaran
Gambar: Medium

Pakar Dakwa Bumi Sedang Menuju Ke Arah Kepupusan Besar-Besaran

Pakar Dakwa Bumi Sedang Menuju Ke Arah Kepupusan Besar-Besaran

Pakar-pakar mendakwa bumi sedang menuju ke arah kepupusan secara besar-besaran untuk kali keenam ekoran perubahan iklim dan kelajuan planet berputar, lapor Daily Star.

Sepanjang 4.5 bilion tahun kewujudan planet ini, terdapat lima peristiwa kepupusan besar-besaran telah direkodkan setakat ini.

Dilaporkan bahawa perubahan iklim yang dialami kebelakangan ini mampu menjurus ke arah kepupusan yang seterusnya.

David Storch, seorang profesor di Jabatan Ekologi di Universiti Charle, Prague memberitahu Live Science bahawa kadar kepupusan semasa adalah kira-kira dua turutan magnitud lebih tinggi daripada kadar kepupusan biasa.

“Perubahan iklim yang dikesan semasa kepupusan besar-besaran terakhir ini mungkin bukan satu-satunya punca kepupusan, tetapi kadar kepupusan mungkin akibat daripada perubahan global lain yang berlaku pada masa itu.”

Kunio Kaiho, seorang Profesor Emeritus di Jabatan Sains Bumi di Universiti Tohoku di Jepun turut menjelaskan bahawa peningkatan purata suhu global 9C, atau 16.2F, menjerumus untuk bumi dimusnahkan dengan lebih cepat berbanding dipulihkan.

“Peningkatan purata suhu global sebanyak 9 darjah Celsius menjadi elemen penting kepada kepupusan besar-besaran, sejajar dengan pemanasan global,” katanya.

Menurut laman web Kerajaan UK, gabungan suhu darat dan lautan telah meningkat pada kadar purata 0.14F atau 0.08C setiap dekad sejak 1880.

Suhu itu hampir dua darjah penuh antara 1880 dan 2022.

Walau bagaimanapun, kadar purata peningkatan sejak 1981 ialah 0.18C atau 0.32F  iaitu lebih daripada dua kali ganda kadar pemanasan planet semasa.

Sumber: Daily Star

Nurfatihah Shahirah Azzuddin

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.