Siakap Keli
Tawar 'Beli' Lelaki Untuk Dijadikan Suami
Gambar: Yeah Weddings

Wujud Sejak 700 Tahun Lalu, Pasar Ini Tawar ‘Beli’ Lelaki Untuk Dijadikan Suami

Wujud Sejak 700 Tahun Lalu, Pasar Ini Tawar ‘Beli’ Lelaki Untuk Dijadikan Suami

Sebuah pasar di India dilaporkan melakukan aktiviti dagangan kaum lelaki untuk dijadikan calon suami yang boleh dibeli keluarga pengantin perempuan.

Walaupun kedengaran agak pelik namun bagi masyarakat India, Pasar Pengantin Lelaki merupakan tradisi yang telah wujud sejak 700 tahun lalu.

Acara ini diadakan di bawah pokok Pipal berhampiran pasar Bihar India selama 9 hari.

Di daerah Madhubani, beribu-ribu lelaki berdiri di bawah pokok Pipal untuk menanti keluarga atau bakal pengantin perempuan datang dan memilih mengikut bajet mereka.

Para lelaki berdiri dikawasan umum dan ditandakan dengan mas kahwin sederhana sehingga INR50,000 (RM2,790)

Selain itu, keluarga atau gadis akan mengesahkan ijazah, sijil kelahiran dan dokumen lain lelaki yang dikehendaki.

Menurut laporan, pasar yang berlangsung selama 9 hari ini dicetuskan oleh Raja Hari Singh pada zaman pemerintahan Dinasti Karnat sekitar 700 tahun yang lalu bagi memudahkan wanita memilih pengantin lelaki pilihan mereka.

Harga pengantin lelaki dilaporkan dibayar mengikut kemampuan dan latar belakang keluarga.

Menerusi tradisi ini, keluarga pengantin perempuan dilaporkan lebih gemar mencari lelaki yang bekerja sebagai doktor, jurutera dan ahli profesional lain kerana golongan ini tidak mengambil mas kahwin yang tinggi.

Sumber: DialoguePakistan

Baca: “Dia Biar Je Susu Anak Tumpah, Kalau Aku Tak Lap, Sampai Ke Esok Lah Kering & Masam Di Situ..”

Anis Annisa