Siakap Keli
Lelaki Disyaki Cuba Rompak Bank
Gambar: The Guardian

Persis ‘Money Heist’, Lelaki Disyaki Cuba Rompak Bank Tertimbus Dalam Terowong Yang Digalinya

Persis ‘Money Heist’, Lelaki Disyaki Cuba Rompak Bank Tertimbus Dalam Terowong Yang Digalinya

ROM – Seorang lelaki berjaya diselamatkan sepasukan bomba selepas terperangkap dalam terowong yang digalinya dalam cubaan untuk merompak sebuah bank, lapor The Guardian.

Difahamkan, anggota bomba telah mengambil masa selama lapan jam untuk menyelamatkan lelaki itu yang tertimbus sedalam enam meter selepas sebahagian jalan telah runtuh.

Insiden itu dimaklumkan kepada perkhidmatan kecemasan menerusi panggilan telefon yang dibuat oleh salah seorang daripada empat anggota kumpulan yang berjaya melarikan diri dari runtuhan itu.

Satu suara telah dikesan dari bawah runtuhan dan pekikan meminta tolong telah didengari ketika anggota penyelamat sedang menjalankan operasi yang kompleks dengan menggali lubang selari untuk menyelamatkan lelaki itu.

“Tolong, saya mohon awak keluarkan saya,” ujar anggota penyelamat kepada laporan media Itali.

Lelaki itu telah diberi makanan berbentuk cecair dan silinder oksigen untuk membantunya bernafas sepanjang terperangkap dalam timbusan terowong itu.

Dia akhirnya berjaya dikeluarkan sekaligus mendapat tepukan berpanjangan daripada orang ramai yang berkumpul di sekitar kawasan kejadian.

“Dia dibawa ke hospital dan dilaporkan mengalami kecederaan kritikal, namun tidak mengancam nyawa.

“Seramai dua orang dari Naples telah ditahan atas tuduhan menentang pegawai awam manakala dua orang dari Rom telah ditahan kerana merosakkan harta benda awam.

“Kami masih sedang menyiasat dan tidak mengecualikan sekiranya mereka benar-benar perompak,” kata polis bertugas.

Menurut anggota polis, lelaki berasal dari Rom itu memiliki jenayah rompakan lampau sebelum ini, begitu juga dengan empat lagi yang lain.

Kesemuanya telah ditahan untuk siasatan lanjut.

Polis percaya mereka sedang menggali melalui sebuah terowong yang bermula di bawah kedai tertutup untuk sampai ke bilik kebal sebuah bank berhampiran.

Mereka didakwa telah menggali sedikit demi sedikit setiap hari supaya mereka boleh melakukan rompakan pada cuti umum Ferragosto pada hari Isnin mahupun cuti Krismas.

Mereka kelihatan ingin mengambil kesempatan merompak bank ketika fasiliti itu tidak beroperasi dan sewaktu bandar Rom menjadi separuh lengang.

Sumber: The Guardian

Baca: “Dia Biar Je Susu Anak Tumpah, Kalau Aku Tak Lap, Sampai Ke Esok Lah Kering & Masam Di Situ..”

Nurfatihah Shahirah Azzuddin