Siakap Keli
sempat lagi dia bagi mini love
Gambar: Facebook Mohd Ridzuan

Sempat Lagi Dia Bagi Mini Love, Reaksi Pemandu Ini ‘Ucap’ Terima Kasih Buat Ramai Terhibur

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Sempat bagi mini love, reaksi pemandu kereta yang beri ucapan terima kasih secara isyarat tangan semasa keluar simpang buat ramai terhibur.

Sebagai pengguna jalan raya, kita mestilah sentiasa berhemah dan bertolak ansur sewaktu menggunakan apa sahaja jenis kenderaaan sama memandu kereta, menunggang motosikal dan sebagainya.

Hal ini kerana, ia dapat mengurangkan risiko kemalangan dan tidak membahayakan nyawa orang disekeliling kita. Kita sedia maklum, betapa banyak kemalangan jalan raya yang telah meragut nyawa ekoran kecuaian atau sikap sambil lewa pengguna itu sendiri.

Sebuah rakaman kereta (dashcam) yang dikongsikan oleh Mohd Ridzuan di Facebook DashCam Owner Malaysia baru-baru ini memaparkan kelibat seorang pemandu yang dipercayai berterima kasih kepada pemilik video itu kerana memberi laluan kepadanya untuk keluar dari simpang.

Apa yang lebih menarik, melihat pada bahagian cermin pemandu kereta yang berwarna silver, individu itu melambai tangan sebelum menunjukkan satu “mini love” sewaktu keluar dari simpang berkenaan.

“Jarang-jarang berlaku. Bila bagi laluan selalu orang angkat tangan tanda terima kasih, ni dia bagi mini love terus.

“Harap perempuanlah, kalau lelaki mohon tarik balik mini love segera,” tulis Mohd Ridzuan dalam perkongsian itu dengan nada berseloroh.

Video tersebut telah mendapat pelbagai reaksi daripada warga kumpulan Facebook DashCam Owner Malaysia.

“Erm kalau perempuan memang beliau spesis yang rare. Carilah beliau jadikan mak untuk anak-anak dimasa depan. Aku ni tak pernah lagi jumpa perempuan angkat tangan. Lampu tak buka aku kemain melalak sebelah kereta dia jeling macam aku kena rasuk magrib-maghrib, yang dia jalan dah gelap lampu tak pasang. Hmm.

“Kau berangan ja la yang mini love tu tak jantan mesti pondan. Tak payah susah-susah fikir jantina dia,” jelas Hamizul Hassan.

“Begitulah perkenalan mak dan ayah ko bermula nak,” kata Afsah Daud Acha.

“Tangan saiz beruang kompom la lelaki tu. Dia harapkan yang bagi jalan perempuan la tu,” komen Cik Daus.

Sumber: Facebook Mohd Ridzuan di Kumpulan DashCam Owner Malaysia

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.