Dengar Doa Tulus Anaknya, Ayah Sampai Pekup Muka Tak Tahan Nak Ketawa
Pendidikan dari awal sangat penting dalam membentuk akhlak seorang anak. Sebagai ibu bapa, kita diminta menjaga tingkah laku dan percakapa semasa di depan anak-anak, kerana anak-anak cenderung untuk mengikuti apa sahaja yang ada di depan matanya.
Dalam satu video yang dikongsikan dalam Tiktok, seorang kanak-kanak dalam lingkungan umur empat ke lima tahun dilihat sedang berdoa disamping ayahnya.
Namun, isi doanya yang sangat ‘cute’ menjadi perhatian orang ramai sehingga membuatkan video itu mendapat lebih daripada 2.7 juta tontonan. Walaupun sedikit lucu, tapi dapat disimpulkan bahawa itu adalah permintaan tulus daripada hatinya.
@aama.2.255 Cutest du’a everπ₯° #fyp #mashaallah
Isi dalam doa kanak-kanak tersebut, selain meminta kepada Allah supaya dikurniakan kesabaran, dia juga meminta agar diberikan gula-gula dan coklat.
”Ya Allah, hanya itu sahaja permintaan aku,” sudahi kanak-kanak itu.
Manakala si ayah, dapat dilihat di dalam rakaman tersebut, terpaksa menekup muka dengan tapak tangan dan kelihatan seperti cuba menyembunyikan rasa geli hatinya mendengar lafaz doa anaknya.
Bagaimanapun, kedua-dua mereka sama-sama mengaminkan doa tersebut.
Kanak-kanak itu dilihat sangat pintar dan pandai mengatur percakapannya dalam berdoa. Ternyata, ibu bapanya telah berjaya mendidik dan memberikan contoh yang baik kepada kanak-kanak tersebut, bermula dengan solat berjemaah dan diakhiri dengan berdoa.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netize memuji akhlak keluarga ini sambil berdoa yang baik-baik untuk si anak tersebut.
Ada juga yang turut mengaminkan doa itu bersama-sama.


BACA: Wanita Kahwini Anak Patung Zombie Didakwa Ada βRohβ, Akui Jatuh Cinta Sejak Umur 16 Tahun
Sumber: TikTok