Siakap Keli
Gambar: Daily Mail

Lima Tahun Sangka Anak Hidap Asma, Rupa-Rupanya Mainan Plastik ‘Tersekat’ Dalam Tekak

Lima Tahun Sangka Anak Hidap Asma, Rupa-Rupanya Mainan Plastik ‘Tersekat’ Dalam Tekak

Seorang kanak-kanak lelaki terpaksa menjalani pembedahan untuk mengeluarkan mainan plastik yang ‘tersekat’ di dalam tekaknya selepas lima tahun mengalami batuk yang luar biasa dan kesukaran untuk bernafas.

Kanak-kanak lapan tahun yang berasal dari Adelaide, Australia itu juga sebelum ini telah didiagnos dengan pelbagai penyakit yang salah seperti penyakit asma dan alahan.

Memetik laporan Daily Mail, batuk yang dialami oleh kanak-kanak itu semakin memburuk pada Disember lalu sehingga menyebabkannya sukar untuk bernafas dan terpaksa dikejarkan ke hospital.

Gambar Via Daily Mail

Dia dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana pakar bedah menemui mainan yang tersekat di tekaknya.

Ketika ditanya sama ada selama ini dia menyedari mengenai ‘kehadiran’ mainan itu, kanak-kanak tersebut berkata dia tidak merasakan apa-apa.

Semeentara itu, ibunya pula berkata bahawa kanak-kanak itu mula mengalami batuk semasa sedang makan dan lama-kelamaan dia akan batuk selama beberapa jam.

Kanak-kanak itu juga tidak dapat bermain bola sepak dan bola keranjang dengan baik kerana mengalami kesukaran untuk bernafas.

Gambar: Daily Mail

Ketika diberitahu bahawa ia berkemungkinan berpunca daripada asma, dia merasakan ada sesuatu yang tidak kena kerana batuk yang dialami oleh anaknya juga boleh terjadi ketika dia sedang makan dan minum.

Apabila doktor akhirnya menemui punca sebenar, wanita itu berkata dia agak terkejut tetapi akhirnya lega.

“Sejujurnya saya sangat terkejut tetapi juga lega kerana selepas bertahun-tahun akhirnya saya telah mendapat jawapannya.

“Kebimbangan utama saya pada ketika itu adalah jika dia sebenarnya dilahirkan dalam keadaan begitu,” katanya.

Sumber: Daily Mail

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.