Wanita Kahwini Anak Patung Zombie Didakwa Ada ‘Roh’, Akui Jatuh Cinta Sejak Umur 16 Tahun
Seorang wanita di Massachusetts, Amerika Syarikat (AS) meluahkan rasa gembira setelah berjaya berkumpul semula dengan pasangannya yang merupakan anak patung berwajah seram dan enam anak mereka yang juga merupakan patung.
Difahamkan, Felicity Kadlec, 23, didakwa telah berkahwin dengan patung tersebut yang diberi nama ‘Kelly Rossi dalam sebuah majlis kecil yang dihadiri oleh beberapa ahli keluarga lain serta patung-patung yang tidak bernyawa.
Memetik Mirror, sejak dari itu keluarga mereka telah berkembang dengan adanya enam orang anak yang merupakan patung zombie yang berusia dalam lingkungan tiga hingga 10 tahun. Dia juga turut menjalinkan hubungan dengan patung makhluk asing diberi nama Robert.
Namun, Felicity terpaksa menyimpan semua patung-patung itu dalam peti simpanan selepas dia dihalau oleh keluarganya dari rumah dan hidup sebagai seorang gelandangan.
Felicity juga memaklumkan bahawa mereka telah berpindah di salah sebuah apartment dengan satu bilik tidur pada Ogos lalu menerusi satu hantaran video laman YouTube.
Dalam pada itu, dia juga mengaku pernah menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki normal, namun ditinggalkan selepas Felicity menceritakan hal sebenar mengenai patung-patung tersebut.
Difahamkan juga, patung yang merupakan pasangannya itu, Kelly dibeli oleh mendiang bapanya selepas ibunya meninggal dunia yang kemudian ‘jatuh cinta’ dengan patung tersebut semasa usianya 16 tahun.
Di juga mendakwa patung-patung tersebut dan mempunyai ‘roh’.
“Mereka selalu menyangka saya hanya berfantasi, tapi sebenarnya kami sering kali bertengkar dengan roh mereka.
“Saya percaya mereka mempunyai roh, ia bukanlah roh orang yang telah meninggal dunia. Malah ia adalah satu bentuk tenaga yang saya peroleh daripada patung-patung itu selama bertahun-tahun,” jelasnya, lapor Mirror.
Sumber: Mirror