Siakap Keli
Gambar: Utusan Malaysia

Warga Emas Hilang: Mengadu Lapar, Minta Nasi Sebaik Saja Jumpa Anak

Warga Emas Hilang: Mengadu Lapar, Minta Nasi Sebaik Saja Jumpa Anak

Warga emas yang ditemui selamat selepas lima hari dilaporkan hilang di kebun kelapa sawit dilaporkan meminta nasi sebaik sahaja berjumpa anaknya.

“Bagi ibu nasi, ibu lapar,” itu luahan pertama wanita berusia 79 tahun kepada anaknya.

Memetik laporan Utusan Malaysia, warga emas itu kini masih menjalani rawatan di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) dan masih berada dalam keadaan lemah.

Menurut anak perempuannya, warga emas itu juga belum boleh banyak bercakap.

Gambar: Utusan Malaysia

“Insya Allah, apabila dia sihat dan sudah pulih sepenuhnya nanti saya akan bertanya bagaimana dia boleh tersesat kerana kebun kelapa sawit itu bukan asing baginya.

“Saya juga bersyukur kerana ibu masih dapat mengenali anak-anaknya yang datang melawatnya di HSNI semalam,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Menurutnya lagi, semua ahli keluarganya mahu ibunya itu diberikan rawatan terbaik bagi memulihkan semula tenaganya agar kembali sihat dan pulang ke rumah bersama-sama keluarga.

“Kami masih belum pasti berapa lama ibu perlu mendapatkan rawatan namun apa yang pasti dia sudah dalam keadaan sihat walaupun masih lemah,” katanya.

Gambar: Utusan Malaysia

Terdahulu, warga emas terbabit dilaporkan hilang selepas keluar mencari daun sawit untuk dijadikan penyapu lidi di kebun kelapa sawit di belakang rumahnya di Kampung Parit Kasih Sayang, Senggarang pada 10 Ogos lalu.

Selepas lima hari operasi mencari dan menyelamat  dilancarkan, wanita itu akhirnya berjaya ditemukan dalam keadaan selamat pada pukul 11.25 pagi berhampiran lopak air yang hanya 1.4 kilometer dari rumah dan 900 meter dari pusat kawalan operasi SAR.

BACA: Warga Emas Hilang Lima Hari Di Kebun Sawit Ditemukan Selamat

Sumber: Utusan Malaysia

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.