Siakap Keli
18,070 Individu Di Malaysia Dilapor Muflis
Gambar : Liputan.com

18,070 Individu Di Malaysia Dilapor Muflis Dari 2020 Hingga Jun 2022

18,070 Individu Di Malaysia Dilapor Muflis Dari 2020 Hingga Jun 2022

Isu muflis merupakan isu yang dikaitkan dengan keadaan kewangan yang parah. Keadaan ekonomi yang tidak menentu pada masa kini menyebabkan lebih ramai individu diisytihar sebagai muflis.

Menurut data yang dikeluarkan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia, seramai 18,070 individu di Malaysia dilaporkan telah muflis dari 2020 hingga Jun 2022. Manakala dari Januari hingga Jun 2022, seramai 3165 individu telah diisytihar muflis.

Berdasarkan rekod, majoriti individu yang terkesan adalah berumur dalam lingkungan 35 hingga 44 tahun.

Terdapat empat punca utama muflis yang dapat dikenal pasti berdasarkan data dari Jabatan Insolvensi Malaysia iaitu hutang kad kredit, sewa beli kenderaan, pinjaman rumah dan pinjaman peribadi.

Gambar : BERNAMA

Pinjaman peribadi merupakan punca utama yang mendorong individu diisytihar sebagai muflis di Malaysia. Sebanyak 1,486 kes bersamaan 47% dari kes muflis berpunca dari pinjaman peribadi.

Punca seterusnya ialah pinjaman perumahan sebanyak 284 kes diikuti dengan sewa beli kenderaan dengan 249 kes.

Seterusnya hutang kad kredit turut menjadi punca kepada kes muflis rakyat Malaysia dengan 140 kes yang direkodkan.

Gambar: BERNAMA

Selain empat punca utama diatas, terdapat juga punca lain yang menyebabkan rakyat Malaysia diistiharkan sebagai muflis.

Pinjaman perniagaan dengan 654 kes merupakan punca lain yang menyebabkan rakyat Malaysia muflis diikuti dengan keberhutangan lain sebanyak 113 kes yang direkodkan.

Selain itu, hutang korporat dan hutang cukai pendapatan dengan 83 kes turut menyumbang kepada kes muflis di negara ini.

Sebanyak 65 kes mencatatkan masyarakat Malaysia muflis kerana kegagalan membayar caruman KWSP.

Berdasarkan Jabatan Insolvensi Malaysia hanya 7 kes yang berpunca dari biasiswa pelajaran dicatatatkan menjadi punca kepada muflis di Malaysia.

Gambar : BERNAMA

Sumber : BERNAMA

Anis Annisa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.