Siakap Keli
shift lock
Gambar: petikan Youtube

Apa Itu ‘Shift Lock’? Lelaki Dedah ‘Rahsia’ Tukar Gear Dengan Selamat

Apa itu Shift Lock? Mungkin masih ramai yang belum sedar akan kewujudan suis ini atau tidak pernah menggunakannya dalam keadaan tertentu.

Setiap kereta mempunyai spesifikasi tersendiri yang direka mengikut kesesuaian model, misalnya transmisi jenis ‘Auto’ yang mempunyai butang shift lock.

Shift lock atau sebutan panjangnya shift lock release button digunakan sewaktu mahu mengubah gear dalam keadaan enjin kereta sudah dimatikan.

Dalam setiap model kereta yang dikeluarkan, kedudukan suis shift lock adalah berbeza. Perkara ini telah diterangkan oleh seorang Youtuber di saluran Youtube monhoho.

Gambar: petikan Youtube

Dalam segmen video automotif itu, kereta yang dipertontonkan merupakan jenis Perodua Myvi generasi kedua dan suis shift lock berada tepat di sebelah kanan gear.

Bagi kereta bertransmisi manual, mengubah gear ke satu gear yang lain memerlukan pemandu untuk memijak pedal brek sambil memicit tombol gear dalam keadaan enjin kereta masih hidup.

Kemudian barulah gear dapat diubah. Jika tidak, pemandu tidak dapat mengubah gear sesuka hati mereka. Fungsi pada gear itu dinamakan sebagai “Shift Lock”.

Manakala bagi shift lock release button pula berfungsi sewaku enjin kereta sudah dimatikan.

Sekiranya anda menggunakan cara yang sama untuk mengubah gear dalam keadaan enjin mati, ia tidak dapat dilakukan.

Di sinilah suis itu berfungsi di mana pengguna hanya perlu menekan tombol shift lock release button sambil mengubah kedudukan gear. Barulah ia dapat dilakukan.

Kebiasaannya, suis ini digunakan sewaktu meletakkan kereta secara ‘double park’ dan tunda kereta atau towing kerana enjin kereta sudah dimatikan pada ketika itu.

Cara towing kereta secara percuma

Sebelum ini, Siakap Keli turut pernah berkongsikan langkah towing kereta secara percuma menerusi video seorang lelaki, farqhan.com yang tular di TikTok.

Keratan laporan terdahulu

Dalam video yang berdurasi  satu minit 18 saat itu, lelaki tersebut menjelaskan langkah-langkah yang perlu dilakukan sewaktu kereta rosak tersadai di tepi jalan.

Lelaki berkenaan menyatakan, kereta yang rosak perlu diletakkan di bahu jalan dan lampu hazard (kecemasan) perlu dibuka untuk memberi isyarat kepada pengguna jalan raya lain.

Selain itu, dia juga menjelaskan, sekiranya suhu kereta meningkat, pastikan bonet depan kereta dibuka untuk penyejukan menerusi ruang terbuka.

Akhir sekali, anda perlu semak nombor pada bahagian belakang cukai jalan (road tax) di cermin dan menghubunginya untuk mendapatkan bantuan trak towing secara percuma.

Sumber : Youtube monhoho

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?