Siakap Keli

Gardenia KL, Syafiq Nordin & Balai Seni Negara Angkat Mesej Anti Pembelian Panik Di Pameran Seni Pop

Siri Seni Pop Cetus Pemikiran Menerusi Dialog dan Galakkan Ekspresi Artistik Menerusi Pertandingan Untuk Pelajar 

Kuala Lumpur, 17 Ogos 2022 – Siri Anti Pembelian Panik oleh pengiat seni tanah air yang sedang  meningkat naik, Shafiq Nordin, kini sedang dipamerkan di Balai Seni Negara dari 21 Jun hingga 4  September 2022.

Siri tersebut diilhamkan oleh peristiwa yang berlaku semasa negara kita dilanda  pandemik, di mana orang ramai panik membeli roti Gardenia dalam kuantiti yang berlebihan.

Siri  ini dianjurkan dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN) dan Balai  Seni Negara, serta Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd (Gardenia KL). Di samping itu, pertandingan  mewarna dan melukis juga diadakan untuk penyertaan pelajar di negara ini, sebagai salah satu  usaha untuk mendidik orang ramai agar tidak melakukan pembelian panik, di samping  menggalakkan Pendidikan Seni dalam kalangan belia. 

Gardenia KL mengorak langkah dalam bidang Seni Pop dengan siri Anti Pembelian Panik Shafiq,  yang dipaparkan sebagai sebahagian daripada pameran ‘Single’ di Balai Seni Negara.

Menurut  Shafiq, karya seni yang diilhamkan daripada karya Andy Warhol ini, digambarkan seperti  kekecohan semasa pembelian panik di kemuncak pandemik, sekarang ini dipamerkan di lobi balai  seni dan menarik perhatian ramai.  

“Roti Gardenia merupakan satu produk ikonik yang dikenali oleh semua rakyat Malaysia,” jelas  Shafiq.

“Dari segi budaya pemakanan, roti bukanlah sesuatu yang kita nikmati setiap hari, tetapi  semasa perintah kawalan pergerakan pertama dilaksanakan, saya melihat orang ramai membeli  roti Gardenia dalam kuantiti yang sangat berlebihan. Dari situlah saya mendapat ilham untuk karya  seni ini.” 

Di kemuncak pandemik pada 2020, Malaysia menyaksikan fenomena pembelian panik, yang  tertumpu kepada roti Gardenia. Ianya berpunca dari beberapa faktor termasuk maklumat yang  kurang jelas dan ketidakpastian tentang jangka masa pelaksanaan perintah kawalan pergerakan. 

Gardenia KL segera tampil memberi jaminan kepada pengguna bahawa bekalan produk dan  penghantaran harian ke pasar raya dan kedai runcit lain adalah diteruskan seperti biasa. Lebih  penting lagi, Gardenia KL menyeru pelanggan agar membeli mengikut keperluan dan penggunaan  harian biasa.  

Saranan ini amat penting kerana fenomena pembelian panik mencapai kemuncak dengan laporan  tentang bungkusan roti Gardenia yang belum dibuka dijumpai terbuang dalam tong sampah. Inilah  mesej yang ingin disampaikan Shafiq Nordin menerusi siri karyanya, iaitu masalah dan  pembaziran yang timbul akibat pembelian panik.  

“Mesej yang ingin disampaikan oleh Shafiq Nordin adalah sangat penting. Pembelian panik bukan  sahaja tidak perlu, tetapi juga memudaratkan kerana perbuatan yang merugikan ini mengehadkan  bekalan produk yang ada di pasaran, terutamanya pada saat diperlukan,” ujar Pengurus Besar  Hal Ehwal Korporat dan Perhubungan Awam Gardenia Bakeries KL, Hazlinah Harun.

“Shafiq  Nordin menyampaikan pesanan ini dengan cara yang unik, mudah difahami dan menyeronokkan,”  tambah beliau.  

Untuk menggalakkan perbualan tentang perkara ini, Gardenia KL telah mengadakan satu  pertandingan berwarna bertemakan Anti Pembelian Panik pada hari tersebut.

Pertandingan  dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu murid sekolah rendah, sekolah menengah dan pelajar  universiti. Mereka diberi peluang menyuarakan kreativiti masing-masing di atas kertas lukisan,  kotak roti dan beg tote 

Selain daripada mencegah pembelian panik, kerjasama ini juga berharap untuk menekankan  betapa pentingnya pendidikan seni dan juga memaparkan bakat pengiat seni muda yang kita ada.  

“Balai Seni Negara meraikan bakat-bakat tempatan, dan karya seni yang dihasilkan dengan penuh  bangga oleh rakyat Malaysia,” ujar Ketua Pengarah LPSVN, Amerrudin Bin Ahmad.

“Shafiq  Nordin, dengan siri Anti Pembelian Panik yang menjadikan roti Seni Pop Gardenia sebagai  tumpuan utama, merupakan contoh terbaik oleh pengiat seni Malaysia yang melakukan perkara  terbaik bagi dunia seni tempatan.”  

Gardenia KL menyampaikan hadiah kepada 35 pemenang di peringkat sekolah rendah, sekolah  menengah dan universiti. Para pemenang membawa pulang hadiah berjumlah RM10,000 dalam  bentuk wang tunai.

Sejajar dengan falsafah #GardeniaCares dan hasratnya untuk meluaskan  kesan positif seni dalam kehidupan pelajar, Gardenia KL akan memilih penyertaan paling kreatif  daripada pertandingan ini untuk diabadikan dan dijual dalam bentuk cenderahati edisi terhad Hasil  jualan cenderahati tersebut akan disumbangkan kepada Sekolah Kebangsaan Telok Gadongsekolah bagi pelajar dengan keperluan khas pembelajaran , bagi membolehkan mereka membeli  kelengkapan seni.  

“Gardenia KL menghargai peluang bekerjasama dengan LPSVN, Balai Seni Negara dan Shafiq  Nordin di pentas seni yang unik ini. Kesenian ialah cara yang menarik untuk menangani perkara perkara penting yang memberi kesan kepada masyarakat pada hari ini. Kami berharap untuk terus  bekerjasama untuk berkongsi ilmu dan meningkatkan kesedaran awam,” ujar Hazlinah. 

Bersempena pameran tersebut, acara Sembang Seni turut diadakan, bersama Shafiq Nordin,  wakil daripada Gardenia KL dan kurator Balai Seni Negara, yang membincangkan siri Anti  Pembelian Panik Shafiq Nordin, inspirasi di sebaliknya dan bagaimana seni digunakan secara  kreatif sebagai alat komunikasi untuk mencapai khalayak yang berbeza.  

Mengenai Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd 

Gardenia KL ditubuhkan pada 1986 dan kini merupakan pengilang roti yang terulung di  Asia Tenggara. Selepas bertapak lebih 30 tahun, Gardenia mengendalikan operasi bakeri di  Malaysia dan mengeluarkan 53 jenis produk setiap hari, termasuk pelbagai jenis roti, ban, kek,  wafel, produk lain seperti sapuan dan mi kuning. 

Setiap hari, Gardenia menghantar roti segar percuma kepada lebih 80 pertubuhan kebajikan  seperti rumah orang tua, rumah anak yatim, pusat dan sekolah untuk pelajar pendidikan khas,  lapan daripadanya termasuk dalam senarai penghantaran percuma Gardenia sejak 1991.

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.