Harga RON97 Turun 5 Sen, RON95 Dan Diesel Kekal
Kementerian Kewangan Malaysia memaklumkan bahawa harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 5 sen seliter iaitu daripada RM4.40 ke RM4.35 seliter.
Manakala, harga runcit petrol RON95 dan diesel masing-masing kekal pada paras RM2.05 seliter dan RM2.15 seliter.
Menurut kementerian itu, penetapan harga baru tersebut berkuatkuasa bagi tempoh 18 Ogos hingga 24 Ogos 2022.
“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter.
“Sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan, sepertimana yang dapat dilihat pada harga runcit petrol RON97 yang ditetapkan mengikut harga pasaran,” kata kementerian itu menerusi satu kenyataan.
Tambah kenyataan itu lagi, kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.
Sumber: MOFMalaysia