Siakap Keli
11 Wilayah Di Thailand Terbakar
Gambar via Bangkok Post

Kedai & Stesen Minyak Di 11 Wilayah Di Yala, Narathiwat & Pattani Dibom, Didakwa ‘Kerja’ Kumpulan Pemisah

Kedai & Stesen Minyak Di 11 Wilayah Di Yala, Narathiwat & Pattani Dibom, Didakwa ‘Kerja’ Kumpulan Pemisah

Kumpulan pemisah didakwa telah melancarkan serangan bom dan khianat api ke atas kedai serbaneka dan stesen minyak di 11 wilayah sempadan selatan Thailand. 

Ekoran dari serangan tersebut telah mengakibatkan kerosakan yang besar di Yala, Narathiwat dan Pattani pada lewat malam Selasa dan berterusan hingga pagi Rabu serta tiga lagi individu dilaporkan cedera. 

Di wilayah Yala, bom meletup di dalam kedai 7-Eleven berdekatan stesen minyak PTT. 

Yala

Pegawai Penyiasat Balai Polis Yala, Sarayut Kochawong berkata, pada 11.50 malam terdapat seorang lelaki bertopeng dengan jubah wanita masuk ke dalam kedai dan meletakkan sesuatu di atas kaunter dipercayai beg berwarna hitam. 

Difahamkan, dia mengarahkan pekerja dalam kedai tersebut dan juga pelanggan yang berada di dalam kedai ketika itu untuk segera beredar jika tidak mahu mati. 

Disebabkan takut dengan ancaman tersebut, semua individu yang berada di dalam premis tersebut bergegas keluar. Selang 10 minit kemudian, bom yang dipercayai berada dalam beg tersebut meletup menyebabkan beberapa kerosakan. 

Manakala di daerah Bannang, Sata, empat lelaki yang memandu melalui kedai 7-Eleven bersama dua motosikal telah melemparkan bom pembakar ke arah kedai tersebut, di kampung Moo 2 pada lewat tengah malam menyebabkan sedikit kerosakan. 

Dalam pada itu, terdapat satu lagi bom meletup di daerah Raman dan satu lagu di menara telefon mudah alih yang terletak di kampung Moo 1. Kedua-dua bom yang dilaporkan meledak menyebabkan kerosakan kecil. 

Narathiwat

Di wilayah Narathiwat pula, kebakaran bermula di stor 7-Eleven berdekatan stesen minyak PTT di Moo 4, daerah Bacho kira-kira jam 12,45 pagi. Kedai tersebut dilaporkan rosak teruk dan salah seorang penghantar makanan cedera dan dimasukkan ke Hospital Bacho. 

Di daerah Si Sakhon pula, kebakaran di kedai yang sama telah menyebabkan kerosakan teruk di Perbandaran Sakhon dan seorang remaja lelaki 14 tahun melecur pada kedua-dua belah kaki. Manakala seorang wanita 23 tahun mengalami sakit pada bahagian dada. 

Kebakaran stor 7-Eleven juga berlaku di daerah Sungai Kolok hingga menyebabkan api merebak hingga ke bahagai dia pam bahan api namun sempat dipadamkan. Kedai tersebut mengalami kerosakan yang teruk. 

Pemberontak juga menyerang sebuah lagi 7-Eleven dan kedai Mini Big C di daerah Cho Airong menyebabkan sedikit kerosakan. 

Pattani

Di wilayah Pattani, bom meletup kira-kira 12.20 pagi diikuti kebakaran di stesen minyak Bang Chak di Kampung Moo 8 daerah Nong Chik di sebelah Lebuhraya 43 menghala Hat Yai. Kebakaran merebak ke sebuah kedai Mini Big C di dalam stesen minyak menyebabkan kerosakan teruk. 

Memetik Bangkok Post, tiga trak bomba telah di hantar ke tempat kejadian dan mereka berjaya memadamkan api dalam masa dua jam. Sebuah lori minyak dan dua lori treler yang diletakkan di stesen minyak itu turut terbakar dan mengalami kerosakan besar. 

Kira-kira 30 minit selepas tengah malam, kebakran menyebabkan kerosakan besar di sebuah kedai mini Big C di kampung Moo 5 di daerah Thung Yag Daeng. Polis sedang menyiasat perkara tersebut yang dipercayai telah dirancang. 

BACA: Adakah Jenayah Korupsi & Rasuah Boleh Dikenakan Hukuman Mati? Ini Jawapan Mufti WP

Sumber: Bangkok Post

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.