Kedutaan Malaysia Di Mesir Saran Rakyat Malaysia Henti Aktiviti Rekreasi Di Kawasan Sungai Qanatir Khairiah
Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah, Republik Arab Mesir (KBMK) menasihatkan warga negara Malaysia untuk hentikan sebarang aktiviti rekreasi di kawasan sungai Qanatir Khairiah, Qalyubiah dengan serta merta.
KBMK memandan serius mengenai kejadian lemas seorang pelajar mahasiswa Malaysia pada 13 Ogos 2022 semasa melakukan aktiviti rekreasi di kawasan sungai tersebut.
“Berdasarkan rekod KBMK, ini merupakan kes kedua kematian mahasiswa Malaysia akibat lemas di kawasan tersebut selepas tahun 2018.
“KBMK telah dapat mengenal pasti lokasi yang dijadikan kawasan rekreasi oleh mahasiswa Malaysia di kawasan sungai Qanatir Khariah, Qalyubiah sebagai kawasan berisiko tinggi dengan laluan air yang kuat dan deras serta berpusar selain faktor muka bumi kawasan sekitar sungai yang curam menyerupai kawasan tanah jerlus disyaki menjadi punca utama kejadian lemas.
“Malah, kawasan ini juga tidak dijadikan lokasi rekreasi oleh warga tempatan,” jelas KBMK.
Oleh itu, pihak KBMK menyarankan agar rakyat Malaysia termasuk pelajar tidak melakukan sebarang aktivit rekreasi seperti perkelahan, memancing dan mandi-manda di kawasan sungai Qanatir Khairiah, Qalyubiah dan sekitarnya serta-merta.
Dalam pada itu, warganegara Malaysia yang berada di Repbulik Arab Mesir juga diminta untuk lebih berwaspada dan berhati-hati ketika mengunjungi mana-mana pusat rekreasi di kawasan lain.
Selain itu, warganegara Malaysia juga diminta untuk mematuhi setiap peraturan dan larangan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan di sana.
BACA: CEO Syarikat Pengeluar Vaksin Pfizer Dilapor Positif Covid-19
Sumber: KBMK