Siakap Keli
20 Pelajar
Kredit Kompas.Com

Lagi Insiden Gemparkan Indonesia, 20 Pelajar Dakwa Jadi Mangsa Cabul Guru

Lagi Insiden Gemparkan Indonesia, 20 Pelajar Dakwa Jadi Mangsa Cabul Guru

Sekurang-kurangnya 20 pelajar perempuan bawah umur disyaki menjadi mangsa cabul yang didakwa dilakukan oleh seorang guru di sebuah sekolah di Kecamatan Katapang, Kabutpaten Bandung, Jawa Barat.

Kes itu terbongkar selepas salah seorang mangsa tampil ke depan dan melaporkannya selepas beberapa tahun berdiam diri.

Menurut peguam yang mewakili mangsa, Deki Rosdia, kes berkenaan mula terbongkar  selepas terdapat khabar bahawa suspek masih lagi menawarkan khidmat rawatan tradisionalnya.

“Suspek memang merupakan ketua kepada sebuah sekolah pondok dan anak kepada seorang kiai yang memilik pusat pendidikan di sini,” katanya seperti yang dilaporkan oleh Kompas.com

Deki berkata, mangsa yang memintanya menjadi peguam bela, mendakwa pertama kali dicabul sejak memasuki sekolah itu pada 2016. Ketika itu mangsa masih berusia 13 tahun. Menurutnya, pelaku mengambil kesempatan atas ketaatan pelajar untuk melakukan perbuatan keji tersebut.

Dakwa mangsa lagi, pelaku pada mulanya menelefon mangsa dan meminta mangsa melakukan tugas pembersihan. Kemudian, pelaku meraba-raba mangsa, mencium dan kemudian mencabul mangsa.

“Mangsa diperdaya, dengan pelbagai cara nanti ilmu tidak berkat, perlu taat kepada guru. Malah ketika tidur pun kadang-kadang mangsa dicabul,” katanya. Tidak berhenti setakat itu, pelaku didakwa kerap melakukan perbuatan keji tersebut terhadap mangsa sehingga menyebabkan mangsa tidak ingat berapa kali sebenarnya kejadian itu berlaku.

Malah, mangsa mengaku seminggu sebelum dijodohkan dengan salah seorang pelajar lelaki sekolah tersebut, suspek sempat lagi mencabulnya.

“Mereka berkahwin pada 2020, mangsa juga ada memberitahu suaminya bahawa pelaku telah mencabulnya, dan dia tidak berani melaporkannya kerana menerima ugutan dari suspek,” katanya lagi.

Deki berkata, seramai 12 rakan anak guamnya juga turut menjadi mangsa cabul. Selain itu, pendedahan yang dibuat oleh bekas Pengerusi Persatuan Rohani Islam (Rohis) turut mendakwa terdapat empat orang anggota Rohis yang turut menjadi mangsa cabul.

Rata-rata mangsa tidak berani untuk bersuara mengenai kejadian tersebut, dipercayai kerana malu dan sering menerima ugutan ketika berada di sekolah berkenaan.

“Jadi memang suspek didakwa sudah lama melakukan perbuatan itu, ada yang mendakwa dari tahun 2012. Berdasarkan pendedahan mangsa, terdapat sekurang-kurangnya 20 orang mangsa cabul. Semua kejadian dilaporkan berlaku selepas suspek bercerai dengan isterinya,” katanya.

Selain menjadi ketua sekolah berkenaan, suspek juga dikatakan turut menjadi seorang pengamal perubatan. Dia turut didakwa mengambil kesempatan untuk mencabul pesakit-pesakitnya sepanjang proses rawatan dijalankan.

Sementara itu, Ketua Polis Bandung, Kombes Po Kusworo mengesahkan kewujudan kes berkenaan dan pihaknya sedang menjalankan siasatan. Bagaimanapun, mereka tidak dapat mendedahkan maklumat lanjut berhubung kes itu.

Sumber: Kompas.Com

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.