Rain Datang Malaysia 27 Ogos Ini, Tampil Konsert Percuma Untuk Peminat
Penyanyi dan pelakon terhangat Korea Selatan, Rain bakal kembali ke Malaysia dan akan menyertai persembahan konsert yang diadakan secara percuma untuk peminat.
Rain yang berusia 40 tahun itu bakal muncul dalam sebuah konsert Betadia Night pada 27 Ogos ini, lapor Astro Awani
Konsert yang bakal diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil bermula dari jam 8 hingga 11 malam itu juga akan disertai oleh dua artis tempatan iaitu Andrew Tan dan Jes Lee.
Rain atau nama sebenarnya Jung Ji Hoon, disepanjang kerjaya muziknya, telah menghasilkan tujuh album dan 28 single.
Pada 2004, Rain telah mengeluarkan album ketiga yang juga single nombor satunya. Single bertajuk “It’s Raining” telah mencatat jualan 1 juta di Asia, sekali gus meletakkan Rain sebagai bintang antarabangsa.
Pada 2008, Rain mulakan lebarkan sayapnya sebagai pelakon di Hollywood dengan membintangi sebuah filem yang bertajuk “Speed Racer” dan “Ninja Assasin”.
Laman web Betadia telah mengumumkan bahawa tiket telah habis ditebus.
Sumber: Astro Awani