Siakap Keli
ribut petir dan hujan lebat dijangka landa beberapa negeri
Gambar Hiasan Via Google

Ribut Petir Dan Hujan Lebat Dijangka Landa Beberapa Negeri Sehingga Malam Ini

Ribut Petir Dan Hujan Lebat Dijangka Landa Beberapa Negeri Sehingga Malam Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka akan berlaku di sembilan negeri sehingga jam 7.00 malam ini.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan sebentar tadi, ribut petir dan hujan lebat diramal bakal melanda seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Di negeri Perak, kawasan yang terlibat adalah di Larut, Matang dan Selama, Kampar dan Batang Padang.

Manakala, di negeri Kelantan pula melibatkan kawasan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu dan Bachok. Sementara itu, di Terengganu pula melibatkan kawasan Dungun dan Kemaman.

“Bagi negeri Pahang, kawasan yang terlibat adalah Lipis, Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin.

“Di Selangor pula melibatkan Gombak, Petaling dan Hulu Langat,” kata MetMalaysia.

Sementara itu, di negeri Johor, ia melibatkan daerah Kluang, Mersing dan Kota Tinggi.

Bagi negeri Sarawak pula, ia melibatkan Kuching, Serian dan Samarahan (Samarahan dan Asajaya).

Selain itu, keadaan cuaca yang sama turut akan melanda Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan) di Sabah.

Susulan amaran cuaca ini, orang ramai yang berada di kawasan yang berisiko dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan kepada yang pulang dari tempat kerja, hati-hati ketika berada di jalan raya.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.