Siakap Keli
budak dua tahun balas dendam gigit semula ular
Gambar Via India Times

Geram Bibir Kena Patuk, Budak Dua Tahun Nekad ‘Balas Dendam’ Gigit Ular Sampai Mati

Geram Bibir Kena Patuk, Budak Dua Tahun Nekad ‘Balas Dendam’ Gigit Ular Sampai Mati

Mungkin terlalu geram digigit seekor ular, seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun dilaporkan bertindak berani dengan menggigit semula reptilia tersebut sehingga mati.

Memetik laporan India Times, kejadian tersebut dipercayai berlaku di Kampung Kantar, Bingol, Turki pada 10 Ogos lalu.

Kanak-kanak itu dikatakan sedang bermain di halaman belakang rumahnya sebelum dia tiba-tiba menjerit sehingga membuatkan jiran-jirannya terkejut.

Apabila mendengar jeritan tersebut, mereka bergegas melihat kanak-kanak berkenaan dan mendapati bahawa terdapat kesan gigitan di bibirnya. Malah, seekor ular juga dapat dilihat di antara giginya.

Susulan itu, kanak-kanak terbabit dikejarkan ke Hospital Bersalin dan Kanak-Kanak Bingol dan diletakkan di bawah pemerhatian selama 24 jam.

Selepas dirawat, mangsa kini dilaporkan sudah sihat dan semakin pulih.

Sementara itu, ular tersebut pula disahkan mati akibat gigitan ‘dendam’ kanak-kanak terbabit.

budak dua tahun balas dendam gigit semula ular
Gambar: India Times

Bapa kepada mangsa berkata bahawa dia sedang bekerja ketika kejadian itu berlaku dan bersyukur kerana anaknya selamat.

“Allah telah melindunginya. Jiran-jiran kami memberitahu saya bahawa ular itu berada di tangan anak saya, dia bermain dengannya dan kemudian ular itu menggigitnya.

“Dia seterusnya menggigit ular itu kembali,” katanya.

Bagaimanapun, jenis ular tersebut tidak dinyatakan.

Sebelum ini, kejadian hampir sama pernah berlaku di Odisha, India yang melibatkan seorang lelaki berusia 45 tahun.

Lelaki itu dilaporkan menggigit seekor ular hingga mati selepas reptilia itu mematuknya di kaki.

Selepas membunuh ular itu, dia membawa bangkai reptilia tersebut pulang ke rumahnya.

BACA: Mekanik Berdepan Detik Cemas, Temui Ular Sawa Masa Tengah Servis Sembunyi Bawah Kereta 

Sumber: India Times

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.