Siakap Keli
lelaki lalok gigit polis
Gambar: Kosmo!

Lelaki Dipercayai Lalok Gigit Tangan Polis, Elak Ditahan Lepas Buat ‘Kacau’

Lelaki Dipercayai Lalok Gigit Tangan Polis, Elak Ditahan Lepas Buat ‘Kacau’

Gara-gara tidak mahu ditahan selepas membuat kacau ganggu, seorang lelaki dipercayai lalok tekad menggigit tangan anggota polis yang menahannya dalam kejadian di Tangkak semalam, lapor Kosmo!.

Menurut Ketua Polis Daerah Tangkak, Superitendan Mohd Fadhil Minhat, pada asalnya suspek membuat kacau ganggu di sebuah stesen minyak di Bukit Gambir sekitar 1 tengah hari.

Mohd Fadhil bagaimanapun berkata, semasa anggota berpangkat koperal datang ke situ untuk menahannya, suspek tekad menggigit lengan polis tersebut sebagai usaha untuk meloloskan diri.

Namun usahanya yang cuba meronta hingga berlaku sedikit pergelutan ‘mengundang padah’ apabila dia akhirnya berjaya ditahan lima minit kemudian.

“Sebelum itu, pihak polis menerima laporan seorang lelaki membuat kacau ganggu di sebuah premis pam minyak di Bukit Gambir sebelum menghantar sepasukan anggota untuk membuat siasatan.

“Hasil siasatan, benar kejadian berlaku seperti dilaporkan dan anggota bertindak membuat tangkapan ke atas lelaki berkenaan,” jelasnya kepada pemberita Kosmo!.

Tambahnya, suspek direman selama tiga, sementara hasil ujian air kencing mendapati individu berkenaan positif dadah jenis Methamphetamine.

Kes disiasat mengikut Seksyen 332/353 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara maksimun tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, lapor Kosmo!.

Serang polis guna jengkaut

Sebelum ini, pernah berlaku kes serang anggota polis hampir serupa yang pernah terjadi dalam satu kejadian di Vermont, US kira-kira dua bulan yang lalu.

Imbas kembali laporan terdahulu, seorang bapa nekad menghalang anggota polis yang ingin menangkap anaknya menggunakan sebuah jengkaut gred pembinaan.

Keratan laporan terdahulu

Menurut polis Vermont, dua anggota polis itu tiba di rumah suspek untuk menangkap individu terbabit atas kesalahan serangan dan pecah rumah, namun mereka diserang oleh bapa suspek, lapor NDTV.

“Ibu bapa suspek cuba menghalang penangkapan lalu mengancam dan menyerang anggota bertugas dengan menggunakan jengkaut,” ujar pegawai polis sambil berkongsi rakaman kejadian ketika itu.

Berdasarkan rakaman, bapa suspek dilihat menghayunkan bilah jengkaut itu ke arah anggota polis.

Selain itu, ibunya juga dilihat menyerang pegawai yang mencuba memegang anaknya.

Salah seorang pegawai dilihat mengacukan pistol ke arah bapa suspek, namun tiada sebarang tembakan dilepaskan.

Salah seorang anggota polis dilihat bergelut dengan suspek sambil mengelak jengkaut yang sedang berayun itu.

BACA JUGA: Tak Rela Anak Ditahan, Bapa Nekad Serang Polis Guna Jengkaut 

Sumber: Kosmo!

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.