Siakap Keli
khabib tewas

Miliki Rekod 29-0-0, Tular Rakaman Khabib Kongsi “Moment” Hampir Tewas Buat Kali Pertama

Miliki Rekod 29-0-0, Khabib Kongsi “Moment” Hampir Tewas Buat Kali Pertama

Nama Khabib Nurmagomedov memang tidak perlu diperkenalkan lagi. Beliau adalah seorang petarung UFC yang paling diminati di seluruh dunia, dengan rekod perlawanan 29-0-0.

Belia dikenali sebagai Juara UFC yang tidak pernah tewas sepanjang kariernya dalam MMA dan juga tidak pernah tewas walau satu pusingan pun sehinggalah pertembungan epiknya dengan Conor McGregor.

Menjelang pertarungan itu, kekuatan mental Khabib jelas dipamerkan, dengan rakaman pra-pertarungan yang menyaksikan dia kekal tenang ketika McGregor melakukan provokasi terhadapnya.

Bagaimanapun, baru-baru ini tular satu rakaman pertarungan ketika Khabib menentang Dustin Poirier pada September 2019. Dalam pertarungan menentang petinju dari Amerika Syarikat itu, para peminatnya perasan satu perkara dan ia pantas menjadi bualan netizen.

Khabib memenangi pertarungan melalui teknik “rear naked choke” pada pusingan ketiga, namun ketika itu beliau perlu berhempas pulas dan hampir sahaja ditewaskan buat pertama kali.

Dalam situasi genting tersebut, Khabib mendapat satu inspirasi untuk terus bangkit dan menundukkan lawannya, dan inspirasi itu adalah ayahnya sendiri, Abdulmanap Nurmagomedov yang berada di luar gelanggang.

Ketika itu, bapa Khabib berada kira-kira dua meter daripada gelanggang dan melihat secara jelas Khabib sudah dikunci oleh Dustin.

”Saya fikir Dustin adalah seorang yang gila. Dia ingat saya akan menyerah kalah apabila bertarung dihadapan ayah saya,” kata Khabib ketika mengulas mengenai momen tersebut.

Seorang peminat Khabib berkata, pesaing Khabib tidak boleh pandang remeh terhadapnya. Dia telah memenangi kategori “lightweight” banyak kali.

Walau bagaimanapun, dalam pertarungan tersebut, Khabib memang kelihatan hampir tewas kepada Dustin. Pertarungan ketika itu sangat sengit, namun rekod tanpa kalah Khabib berjaya dipertahan kerana kesilapan teknik oleh Dustin sendiri.

“Saya sangat yakin, inilah masanya (menang ke atas Khabib). Ianya hanya satu inci dari kemenangan. Apa yang menghantui saya adalah kesilapan saya sendiri yang tidak bertukar ke teknik D’Arce atau cekikan anakonda apabila dia berpusing ke sisinya,” kata Dustin dalam satu temu bual itu.

Pada ketika itulah Khabib berjaya menyesuaikan semula kedudukannya dan mendapat ruang di mana dia boleh bernafas. Tidak lama kemudian, juara itu terlepas daripada bahaya dan tanpa berlengah melakukan “rear-naked choke” kepada Dustin.

Dustin tidak lagi mampu bertahan dan terpaksa mengaku kalah.

Bapa Khabib adalah pengaruh terbesar dalam kerjayanya, melatih dalam gusti dari usia lapan tahun lagi. Abdulmanap Nurmagomedov adalah bekas ahli gusti yang juga pernah dilatih dalam sukan judo.

Sumber: Givemesport 

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka