Siakap Keli
Israel dan Turkiye
Kredit HAIM ZACH/GPO

Turkiye & Israel Baiki Semula Hubungan, Buka Kembali Kedutaan & Konsul Jeneral

Turkiye & Israel Baiki Semula Hubungan, Buka Kembali Kedutaan & Konsul Jeneral

Israel dan Turki akan kembali menormalisasikan sepenuhnya hubungan antara kedua-dua negara, termasuk mengembalikan semula duta dan konsul jeneral, dalam satu pertemuan antara Perdana Menteri Yair Lapid dan Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan pada hari Rabu.

“Memperbaharui hubungan dengan Turkiye adalah aset penting untuk kestabilan serantau dan berita ekonomi penting bagi rakyat Israel,” kata Lapid.

Manakala Erdogan menyebut bahawa memulihkan hubungan tersebut memudahkan usaha mereka untuk membantu warga Palestin, dalam satu pertemuan dengan semua duta di Ankara, yang diadakan lebih awal.

Ketua Pengarah Kementerian Luar, Alon Ushpiz dan Timbalan Menteria Luar Turki, Sedat Onal memuktamadkan perjanjian untuk mengebalikan hubungan diplomatik penuh dalam panggilan telefon pada Selasa.

”Mengembalikan semula diplomat adalah penerusan trend positif dalam pemulihan hubungan pada tahun lalu, sejak lawatan Presiden Isaac Herzog ke Ankara, dan lawatan bersama menteri luar di Baitulmaqdis ke Ankara

“Memperbaiki hubungan akan menyumbang kepada memperketat hubungan antara kedua-dua negara, dan meningkatkan ekonomi, perdagangan dan pelancongan serta kestabilan serantau,” menurut Pejabat Perdana Menteri.

Herzog ketika memuji usaha itu berkata, hidup berkongsi dan menjadi jiran yang baik adalah penting untuk semua pihak di Mediterranean Timur.

”Semua penganut agama, Muslim, Yahudi dan Kristian boleh hidup bersama dengan aman,” katanya.

Sementara itu, Menteri Luar Turkiye, Mevlut Cavusoglu, berkata pemulihan hubungan ini tidak bermakna Turkiye akan mengabaikan perjuangan membantu Palestin yang diusahakan pihaknya.

Hubungan kedua-dua negara ini merosot selepas 60 orang warga Palestin dibunuh tentera Israel dalam satu protes yang diadakan di Gaza bagi membantah pembukaan Kedutaan Amerika Syarikat ke Israel di Baitulmuqadis pada 2018.

Sumber: The Jerusalem Post, Al-Jazeera

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka