Siakap Keli
Kucing Kesayangan Selamatkan Nyawanya
Gambar via Daily Mail

Wanita Terkena Serangan Jantung Akui, Kucing Kesayangan Berjaya Selamatkan Nyawanya

Wanita Terkena Serangan Jantung Akui, Kucing Kesayangan Berjaya Selamatkan Nyawanya

ENGLAND – Seekor kucing telah diangkat sebagai hero selepas bertindak menyelamatkan nyawa pemiliknya ketika mengalami serangan jantung dengan menepuk dadanya sehingga dia terjaga, lapor Daily Mail.

Wanita yang berusia 42 tahun dari Stapleford, Nottingham itu dilaporkan sedang tidur ketika dia dikejutkan oleh kucingnya pada jam 4.30 pagi. Difahamkan, kucing tersebut telah dijaganya sejak tujuh tahun yang lalu.

Wanita itu kemudiannya menyedari bahawa dia tidak dapat menggerakkan badannya dan mengalami sakit di bahagian dada sebelah kanannya.

Sejurus itu, dia telah menghubungi ibunya untuk mendapatkan bantuan.

Sam Felstead, 42, had her life saved by Billy the cat after he woke her while she was having a heart attack. Billy pounded his paws and meowed in his owner's ear until she woke up and realised she was in pain. Doctors later told her she had been suffering from a heart attack

Wanita tersebut terus dikejarkan ke Hospital Bandar Nottingham pada awal pagi di mana doktor memberitahu bahawa dia mengalami serangan jantung semasa sedang tidur dan wanita itu percaya bahawa dia telah diselamatkan oleh Billy iaitu kucing peliharaannya.

Dia berkata, “saya agak terkejut kerana ketika pergi ke katil saya berada dalam keadaan rasa sihat. Saya juga pernah keluar bersama anjing peliharaan dan tidak mengalami sebarang kesakitan,” katanya.

‘Tiba-tiba, saya bangun pada awal pagi dalam keadaan berpeluh dan tidak boleh bergerak. Billy berada di dada saya dan mengiau kuat di telinga saya,” jelasnya.

Wanita yang juga bekerja sebagai penyambut tetamu di Pusat Perubatan Queen di Nottingham itu menjelaskan bahawa Billy bukanlah kucing yang suka bersosial dan biasanya dia suka menyendiri.

Dia turut memberitahu, “Billy tidak pernah membangunkan saya pada waktu malam dan dia tidak pernah mengganggu saya, malahan tidak akan membangunkan saya untuk makan,” jelasnya lagi.

“Saya hanya gembira Billy membangunkan saya. Siapa tahu jika saya akan bangun esok tanpa mereka,” katanya lagi.

Selepas wanita itu dikejutkan oleh kucing peliharannya, ibunya telah menelefon unit kecemasan. Namun, mereka diberitahu mereka akan mengambil masa selama dua jam untuk mendapatkan ambulans.

Oleh itu, dua-beranak itu mengambil keputusan untuk memandu ke hospital.

Doktor mendapati salah satu arteri wanita tersebut telah tersumbat sehingga menyebabkan dirinya mengalami serangan jantung.

Billy the cat has been hailed a hero after he saved his owners life. The normally anti-social cat meowed loudly in Ms Felstead's ear to wake her up

Menurut laporan, wanita itu telah menghabiskan masanya selama tiga hari di hospital sebelum dia bertemu semula dengan Billy kucing kesayangannya.

Wanita itu turut menceritakan, ketika pulang ke rumah kucingnya tidak mengganggunya dan juga bertindak tidak mengendahkan dirinya.

“Saya berterima kasih kepada Billy kerana tanpanya, saya tidak tahu sama ada saya akan bangun pada hari esok,” katanya.

Dia menambah, “doktor berkata saya bernasib baik kerana telah sampai ke hospital tepat pada masanya. Saya merasakan Billy telah menyelamatkan nyawa saya dan begitu juga orang lain di sekeliling saya, ” katanya lagi.

Pakar tingkah laku kucing iaitu Lucy Hoile berkata, Billy mungkin telah mengetahui perubahan fisiologi yang berlaku pada pemiliknya.

Beliau berkata, “mungkin fakta dia melompat ke atasnya dan mengiau adalah tanda kebimbangannya,” ulas beliau.

Sumber: Daily Mail

Nurlizah Khazani