Siakap Keli
Mayat Wanita Warga Emas Ditemui Terapung
Gambar via Sinar Harian

Mayat Dipercayai Wanita Warga Emas Ditemui Terapung Di Tasik Perdana

Mayat seorang wanita dipercayai warga emas berusia 68 tahun ditemukan terapung di Tasik Perdana, Taman Botani Perdana mengejutkan pengunjung di sana pada Sabtu, 20 Ogos 2022. 

Pusat Gerakan Bomba (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur berkata, sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.39 pagi, sebuah jentera dan anggota dari Balai Bomba Jalan hang Tuah dikerah ke lokasi kejadian. 

“Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian pada jam 9:54 pagi, pihak polis meminta bantuan mengambil dan menaikkan mayat yang berada di dalam tasik anggaran jarak tiga meter dari tebing.

“Mayat mangsa berjaya dinaikkan pada jam 10.12 pagi dan diserahkan kepada polis dan paramedik di lokasi untuk pemeriksaan,” menurut kenyataan tersebut, lapor Sinar Harian. 

Menurut laporan, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang turut berada di lokasi kejadian ketika itu. 

Dalam pada itu, mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan susulan dan punca kematian masih lagi dalam siasatan pihak berkuasa.

Sumber: Sinar Harian

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.