Ngeri, Tular Buaya Besar Heret Mayat Lelaki Berbogel, Padah Tak Hirau Papan Tanda Amaran
Seekor buaya besar dirakam sedang mengheret mayat seorang lelaki tanpa seurat benang dalam lingkungan umur 20-an pada rahangnya selepas mangsa dipercayai tidak mengendahkan amaran larangan mandi atau berenang di kawasan itu, dalam kejadian yang berlaku di sebuah lagun di Mexico.
Pengunjung yang hadir untuk melihat penyu di Laguna Del Carpintero, Tampico itu dikejutkan dengan seekor buaya berukuran 11 kaki yang berenang melepasi mereka bersama mayat seorang lelaki pada Khamis lalu.
Pihak polis yang menerima laporan kemudiannya tiba di lokasi kejadian dan pemeriksaan lanjut yang dibuat mendapati reptilia pemangsa itu telah mengheret jasad lelaki berkenaan ke lokasi pembentungan yang berdekatan.
Bomba mengambil masa kira-kira satu jam untuk membuka penutup logam pembentung sebelum berjaya mengikat mulut buaya dan menariknya keluar. Mayat lelaki itu kemudian berjaya diselamatkan dan dibawa keluar daripada lubang pembentungan tersebut.
Menurut laporan polis tempatan, mangsa sebelum itu dipercayai tidak mematuhi papan larangan yang mengingatkan pengunjung agar tidak mandi atau berenang di kawasan tersebut kerana kehadiran haiwan pemangsa itu.
Kawasan lagun berkenaan memang terkenal dengan serangan buanya dan beberapa orang sebelum ini juga dilaporkan telah menjadi mangsa serangan buaya.
BACA: 20 Penumpang Maut Terbakar Hidup-hidup, Bas Dipercayai Berlumba Rempuh Lori Tangki Minyak
Sumber: Daily Mail