Seorang remaja Orang Kelainan Upaya (OKU) lembam berusia 13 tahun mendakwa telah menjadi mangsa rogol dua orang lelaki yang juga dipercayai merupakan rakan kepada bapanya.
Menurut sumber, mangsa ada mengadu sakit perut dan pinggang ketika mereka berada di kampung baru-baru ini dan bapa mangsa hanya mengetahui hal tersebut selepas daripada itu.
“Lelaki itu kemudian membawa anaknya bertemu bidan kampung sebelum diberitahu kemungkinan anaknya itu pernah melakukan hubungan seks.
“Anaknya menceritakan pernah menjadi mangsa rogol dua rakan lelaki bapanya ketika suspek menumpang rumah mereka di Bukit Jalil,” katanya, lapor Sinar Harian.
Dalam pada itu, mangsa juga mendakwa suspek telah merogolnya beberapa kali semasa ketiadaan bapanya di rumah.
“Sehubungan itu, lelaki terbabit tampil membuat laporan di Balai Polis Bukit Jalil pada Selasa lalu untuk tindakan selanjutnya,” jelasnya sumber itu lagi, lapor Sinar Harian.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, mereka telah menerima laporan berkaitan kes tersebut dan akan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
“Kes dirujuk ke Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11), Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut” ujarnya.
Sumber: Sinar Harian