Siakap Keli
Kangkung
Gambar via Yuziyana Yusop

Tak Bimbang Kotor Atau Ada Ulat, Lintah Dalam Batang, Ini Cara Nak Tanam Sendiri Kangkung Dalam Baldi

Tak Bimbang Kotor Atau Ada Ulat, Lintah Dalam Batang, Ini Cara Nak Tanam Sendiri Kangkung Dalam Baldi

Pasti ramai rakyat di Malaysia gemar makan kangkung, nak pula jika dimasak tumis belacan dengan sedikit rasa pedas atau dicampur dengan ikan masing, mesti akan bertambah-tambah makan nasi. Sebenarnya, ratah begitu sahaja pun sedap sangat. 

Namun, mungkin ada di kalangan kita yang bimbang nak makan kangkung yang dibeli di pasar, lebih-lebih lagi jika kangkung itu kangkung liar yang hidup menjalar di kawasan-kawasan paya dan sebagainya.

Apa yang kita khuatirkan adalah tahap kebersihan kangkung itu, terutamanya kerana batang kangkung yang berlubang. Risau, jika ada ulat bertelur atau anak lintah di dalamnya.

Jangan risau, hari ini Siakap Keli ingin membawa perkongsian yang dibuat oleh Yuziyana Yusop yang berkongsi cara-cara nak tanam kangkung sendiri di rumah, hanya menggunakan baldi dan penapis sahaja. 

Pertama sekali anda perlu rendam terlebih dahulu benih kangkung selama 32 jam (maksimum) menggunakan air biasa. Jika terdapat benih yang kembang dalam masa 24 jam, anda boleh terus langkau ke langkah seterusnya. 

Gambar via Yuziyana Yusop

Seterusnya, setelah benih kangkung mengembang, masukkan dalam penapis yang telah disediakan dan jangan biarkan terlalu padat atau terlalu sikit, seeloknya biar ada ruang.

Pastikan anda menggunakan penapis yang mempunyai lubang yang halus kerana lubang yang agak luas akan menyebabkan anak kangkung terjatuh. Jika terdapat anak benih yang telah mempunyai akar, masukkan akar-akar ke dalam lubang penapis. 

Kemudian, penapis tadi perlu diletakkan di atas baldi dan pastikan ‘mulut’ baldi sesuai untuk meletakkan penapis yang digunakan tadi. Tutup penapis yang berisi anak benih tadi selama lebih kurang dua hingga tiga hari. Tujuan kita tutup untuk menggalakan pertumbuhan yang cepat dan panjang. 

Gambar via Yuziyana Yusop

Selepas tutup, anak benih akan tumbuh seakan-akan taugeh dan jangan panik. Anak kangkung yang telah tumbuh seperti ini sudah boleh didedahkan pada cahaya matahari dan air yang berada dalam takungan tidak perlu diganti, hanya perlu ditambah baja AB. 

Seterusnya, anak kangkung tadi boleh mula diberikan baja AB bancuhan 10mlab+2 liter air atau 1.5ec hingga 2ec. Waktu ini, anda hanya perlu pantau air baja dan akar pokok. 

Tambah air baja bila perlu dengan kadar bancuhan baja bermula dengan 1.5ec pada minggu pertama (10ml AB+2L air), 2ec pada minggu kedua (15ml AB + 2L air) dan pada minggu ketiga 3ec (20ml AB + 2L air). Tuai bila kangkung telah berusia lebih kurang tiga minggu. 

Gambar via Yuziyana Yusop

BACA: Dianggap ‘Berbahaya’, Lelaki Ini Dedah Kenapa Kangkung Haram Ditanam Di Amerika Syarikat

Sumber: Yuziyana Yusop

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.