Siakap Keli
harimau tasmania
Kredit: Getty Images

Spesies Terakhir Pupus Pada 1936, Saintis Berusaha ‘Hidupkan’ Kembali Harimau Tasmania 10 Tahun Lagi

Kali terakhir ditemui secara rasmi pada 1936 dahulu, kini saintis sedang berusaha untuk hidupkan kembali Harimau Tasmania dalam masa 10 tahun lagi.

Sebelum ini, saintis pernah berminat untuk mengembalikan mammoth, sejenis haiwan purba gergasi berbulu yang pernah mendiami Bumi satu ketika dahulu.

Sekarang, minat mereka ‘menghidupkan kembali ‘ spesies telah pupus beralih kepada Harimau Tasmania. Ya, jika tiada masalah, Harimau Tasmania akan berjalan-jalan di atas muka bumi pada masa akan datang.

Merujuk artikel Indiatimes, sekumpulan penyelidik dari Australia dan Amerika Syarikat (US) sedang bertungkus lumus dalam satu projek yang bernilai jutaan dolar demi mengembalikan Harimau Tasmania yang sudah lama pupus.

Harimau tersebut kali terakhir ditemui secara rasmi pada 1930-an.

Kredit: Getty Images

Usaha untuk mengembalikan Harimau Tasmania daripada kepupusan

Sekumpulan saintis percaya bahawa mereka boleh mengembalikan haiwan tersebut dengan menggunakan teknologi sel tunjang dan pengubahsuaian genetik.

Sebuah syarikat di Texas, Colossal berusaha bersama-sama para saintis di University of Melbourne dalam ‘mengembalikan’ haiwan tersebut.

Mereka agak pasti bahawa Harimau Tasmania atau disebut Thylacine pertama boleh dibawa kembali ke alam liar dalam masa kurang dari satu dekad.

Sebenarnya, Thylacine adalah marsupial, sejenis mamalia Australia yang membesarkan anaknya dalam kantung.

Untuk membawa haiwan ini kembali semula, saintis bercadang untuk mengambil sel-sel tunjang daripada spesies marsupial hidup yang memiliki DNA yang serupa.

Dengan menggunakan teknologi pengubahsuaian genetik, mereka akan ‘menghidupkan kembali’ spesies yang sudah pupus, atau versi yang paling mirip dengannya.

Kredit: Wikimedia Commons

“Kini, saya percaya dalam masa sepuluh tahun ini, merupakan masa kita memiliki anak thylacine pertama yang hidup sejak mereka diburu hingga pupus pada satu abad yang lalu,” tulisan Professor Andrew Pask, ketua saintis sebuah kajian di University of Melbourne.

Pada satu masa, Harimau Tasmania pernah diburu sehingga ‘memadamkan’ spesies ini daripada muka buminya.

Hal ini demikian kerana, haiwan ini hanya dijumpai di Pulau Tasmania sahaja dan selepas itu, ia diburu sehingga pupus.

Harimau Tasmania terakhir di dunia direkodkan mati di Zoo Hobart pada tahun 1936.

Jika haiwan ini dapat dikembalikan, ia akan menandakan peristiwa “penyahpupusan” pertama dalam sejarah walaupun tidak semua saintis bersetuju.

Kredit: Wikimedia Commons

Sumber: Indiatimes

 

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.