Siakap Keli
Lelaki Berjaya Terselamat Dari Dibaham Buaya 12 Kaki
Gambar: Daily Mail

Tempurung Kepala Terpaksa Dibuang, Detik Cemas Lelaki Berjaya Terselamat Dari Dibaham Buaya 12 Kaki

Tempurung Kepala Terpaksa Dibuang, Detik Cemas Lelaki Berjaya Terselamat Dari Dibaham Buaya 12 Kaki

Seorang anggota bomba berdepan detik cemas apabila terpaksa bergelut dengan seekor buaya sepanjang 12 kaki yang menyerangnya ketika berenang di sebuah tasik di Florida.

Memetik laporan Daily Mail, mangsa yang berusia 34 tahun itu pada awalnya sedang merakam video latihan untuk perlumbaan yang dianjurkan oleh syarikat pengembaraan luar di Tasik Thonotosassa sebelum berhadapan dengan buaya tersebut.

Menerusi video tular yang dirakam dron, dia berani memasukkan tangannya ke dalam mulut buaya dan mengeluarkan kepala dan dadanya dari rahang haiwan itu serta berenang kembali semula ke atas dok.

Selepas itu mangsa sendiri menghubungi talian kecemasan 911 sebelum dibawa ke hospital oleh orang awam yang berada di tempat kejadian.

Mangsa yang juga merupakan seorang bekas Pasukan Penyelamat Tentera Udara AS itu menjalani pembedahan kecemasan selama enam jam untuk merawat kerosakan pada tempurung kepala dan mukanya. Malah, sebahagian tempurung kepalanya terpaksa dibuang.

Gambar: Daily Mail

Dalam satu temubual, lelaki itu berkata dia mengalami strok di dalam air.

“Apabila saya merasakan giginya, saya tahu saya perlu lakukan sesuatu iaitu memusingkannya.

“Saya rasa ia juga ingin memusingkan saya tetapi ‘keliru’ dan kemudian melepaskan saya begitu sahaja,” katanya.

Dia juga mengalami kesan kecederaan di kepala dan mukanya termasuk tusukan di otaknya.

Terdahulu, seorang wanita warga emas di Carolina Selatan telah dibunuh oleh seekor buaya awal bulan ini.

Mangsa yang berusia 88 tahun ditemui berhampiran buaya yang kelihatan seperti ‘berkawal’.

Kematian itu adalah serangan buaya keempat yang disahkan maut di Amerika Syarikat tahun ini dan kedua di South Carolina.

BACA JUGA: Ngeri, Tular Buaya Besar Heret Mayat Lelaki Berbogel, Padah Tak Hirau Papan Tanda Amaran

Sumber: Daily Mail

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.