Siakap Keli
Kredit: AFP

Berbeza Dengan US, Watak Jahat Dalam ‘Minions’ Versi China Berakhir Dengan ‘Keinsafan’

Apa yang kecil, kuning, sukakan pisang dan mematuhi undang-undang? Begitulah jalan cerita kehidupan Minion, jika mengikut versi suntingan filem animasi terbaharu yang menampilkan penjahat super, Gru dan tentera kecilnya yang kini ditayangkan di China.

Filem kelima untuk siri Despicable Me, iaitu Minions: The Rise of Gru kini ditayangkan di China. Tayangan di negara tersebut adalah beberapa minggu selepas tayangan rasminya di pawagam Amerika Syarikat.

Versi antarabangsa menampilkan pertarungan mesra keluarga yang dipenuhi aksi kung fu, berlatarkan tahun 1970-an di San Francisco dan menceritakan kisah Gru yang kejam itu memotong giginya. Sementara, penonton filem di China disajikan dengan pengakhiran alternatif yang mana orang baik menang pada pengakhirannya

Kredit: AFP

Satu imej pegun bersari kata telah dimasukkan ke dalam urutan kredit di skrin tanah besar China, meyakinkan penonton bahawa pihak polis berjaya menangkap mentor Gru, Wild Knuckles dan mempenjarakannya selama 20 tahun selepas rancangan rompakannya yang gagal.

Penonton versi antarabangsa hanya dapat melihat Knuckles memalsukan kematiannya lebih awal dalam adegan penutup filem tersebut, tetapi dalam versi China, dia meletakkan kemahiran ‘con artist‘nya untuk digunakan secara positif dalam penjara. Watak jahat itu mengikuti rasa “cintanya terhadap lakonan” dan menubuhkan satu trup teater.

Bagi Gru, dia “akhirnya menjadi salah seorang yang baik”, mendedikasikan kehidupannya untuk membesarkan keluarganya, menurut pengakhiran filem versi China.

Filem Antarabangsa Perlu Akur Akan Undang-Undang Penapisan di China

Ini bukan kali pertama filem asing popular diubahsuai untuk tayangan di China. Industri hiburan di China memiliki penapisan yang terketat di dunia dan ditugaskan untuk mempromosikan nilai “positif”.

Filem klasik, Fight Club arahan David Fincher (1999) yang dibintangi oleh Brad Pitt dan Edward Norton juga mendapat layanan yang sama apabila platform penstriman China, Tencent Video memuat naik versi di mana polis menghalang rancangan protagonis untuk menjatuhkan tamadun moden pada Januari.

Dan kepulangan sitkom Amerika Syarikat (AS), Friends yang sangat dinanti-nantikan ke platform penstriman Cina pada bulan Februari telah mencetuskan kemarahan peminat selepas penonton menyedari babak yang mengandungi unsur LGBTQ dipotong.

Reaksi Warganet China

Tidak jelas sama ada babak terakhir Minions telah diubah disebabkan permintaan penapis atau pengeluar filem tersebut yang menganggap ia lebih sesuai untuk pasaran China.

Universal tidak segera menjawab permintaan AFP untuk mendapatkan maklum balas.

Reaksi media sosial terhadap pengakhiran Minion versi China bercampur-campur. Seorang warganet China di platform Weibo berkata mereka telah pergi ke pawagam secara khusus untuk melihat pengakhiran baharu tetapi kecewa kerana ia “hanyalah sari kata semata-mata”.

Peminat lain kecewa dengan ketidaksinambungan antara transformasi murni Gru muda dalam filem baru dan tingkah laku jahatnya yang berterusan dalam filem versi lain, yang berlatarkan masa kini.

“Kami hanya boleh mengatakan bahawa terdapat konsep ‘multiuniverse‘ antara filem versi antarabangsa dengan versi China,” keluh seorang pengguna Weibo.

Sumber: CNA

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.