Berdengkur Ketika Tidur, Rakyat Britain Boleh Tuntut Bayaran Lebih RM800 Seminggu
Rakyat Britain yang berdengkur semasa tidur bakal menerima bayaran bantuan sebanyak £156 (RM 827) seminggu menerusi Pembayaran Kemerdekaan Peribadi (PIP) daripada Jabatan Kerja dan Pencen (DWP) negara itu.
Memetik laporan Daily Star, bayaran ini boleh dijadikan pendapatan tambahan kepada mereka yang bergelut dengan krisis kos sara hidup.
Kini, angka menunjukkan lebih daripada 2200 orang dari seluruh negara tersebut menuntut pembayaran PIP disebabkan oleh syarat yang berkaitan.
Bayaran itu dibayar setiap empat minggu sehingga £156 (RM827) bagi mereka yang mempunyai keperluan kesihatan atau keadaan tertentu.

Bayaran bulanan pula dianggarkan bermula dari £97.80(RM519) hingga £627.60 (RM3323) setiap pembayaran.
Ia boleh diberikan selepas pakar perubatan menilai tahap kesihatan penuntut selama tiga bulan.
Terdapat syarat-syarat dan penilaian tertentu yang perlu dipenuhi antaranya mengalami apnea tidur, asma dan embolus pulmonari.
Untuk pengetahuan, apnea tidur merupakan satu gangguan pernafasan semasa tidur yang serius yang mengakibatkan pernafasan terhenti berulang kali.
BACA: Tidur Berdengkur Boleh Bawa Maut? Waspada 11 Tanda Ini
BACA JUGA: Betul Ke Berdengkur Itu Membahayakan? Ini Antara Mitos Dan Fakta Tidur Yang Korang Perlu Tahu
Sumber: DailyStar