Siakap Keli
Tular kumpulan lelaki banjiri ibu kota peraga pakaian zaman 70-an 
Gambar: 70's Revival

Gamit Nostalgia, Tular Kumpulan Lelaki Banjiri Ibu Kota Peraga Pakaian Zaman 70-an 

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Tular kumpulan lelaki banjiri ibu kota peraga pakaian zaman 70-an, menggamit nostalgia kenangan di masa lalu

Sudah beberapa dekad berlalu dan dunia juga sudah berubah, namun ia tidak menjadi penghalang untuk kita ‘kembali’ ke masa lalu dengan menghidupkan suasana seperti di zamannya.

Bayangkan jika dapat kembali ke tahun 70-an, 80-an dan 90-an, apakah yang anda ingin lakukan? Mungkin ‘menjengah’ kembali gaya hidup dan fesyen yang sangat ‘berwarna-warni’?

Seperti yang dilakukan oleh sekumpulan lelaki dan wanita ini yang ‘turun’ ke ibu kota dengan lengkap memakai pakaian seperti di tahun 70-an.

Perjumpaan yang menggamit nostalgia itu diadakan pada Sabtu lalu dan menjadi tular di media sosial.

Tular Kumpulan Lelaki Banjiri Ibu Kota Peraga Pakaian Zaman 70-an 
Gambar: 70’s Revival
Tular Kumpulan Lelaki Banjiri Ibu Kota Peraga Pakaian Zaman 70-an 
Gambar: 70’s Revival

Menerusi perkongsian di akaun Facebook 70’s Revival, perjumpaan pertama kali itu telah dihadiri seramai 70 orang.

“Perjumpaan pertama menggamit nostalgia tahun 70-an telah pun selesai dan kami telah membanjiri ibu kota pada 20 Ogos 2022.

“Seramai 70 orang yang kami  dapat kumpulkan semalam, semuanya sporting,” kata akaun Facebook itu.

Tular Kumpulan Lelaki Banjiri Ibu Kota Peraga Pakaian Zaman 70-an 
Gambar: 70’s Revival
Tular Kumpulan Lelaki Banjiri Ibu Kota Peraga Pakaian Zaman 70-an 
Gambar: 70’s Revival

Ketika dihubungi oleh SK, admin Facebook tersebut mengatakan bahawa mereka semuanya baru saling mengenali di antara satu sama lain.

Bagaimanapun, ia nampaknya tidak menjadi penghalang untuk mereka bersama-sama membanjiri Kuala Lumpur dengan gaya fesyen mereka yang tersendiri.

Gambar: 70’s Revival
Gambar: 70’s Revival

Ditanya mengenai perjumpaan yang seterusnya, mereka buat masa ini belum mempunyai apa-apa rancangan tetapi mengatakan bahawa ramai yang meminta untuk mengadakannya sekali lagi.

Jika dilihat menerusi video dan gambar-gambar yang dikongsikan, suasananya seperti betul-betul berada di tahun 70-an.

@jorahmang

70 an takluk Bukit Bintang @_wankan_ #fyp #kl #klfw #fesyen #70s #70an #fypシ゚viral

♬ Kasih Berubah – Flybaits

Sumber: 70’s Revival

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.