Siakap Keli
anak kucing berkepala dua dilahirkan
Gambar : Daily Star

Hasil Mutasi Genetik, Anak Kucing Berkepala Dua Dilahirkan

Hasil Mutasi Genetik, Anak Kucing Berkepala Dua Dilahirkan

AMERIKA SYARIKAT – Seekor anak kucing mutan yang sihat dan cergas telah dilahirkan dengan dua kepala kerana mutasi genetik, lapor Daily Star.

Kucing itu diberi nama Harvey, sempena watak Batman Harvey Dent yang menjadi dalang penjenayah Two-Face.

Pemiliknya, Ariel Contreras berkata dia mula sedar mengenai kepala ‘tambahan’ itu semasa kucingya melahirkan Harvey.

“Saya pergi mencuci pakaian dan mendengar kucing saya seperti mengiau, kemudian tiba-tiba bayinya mula keluar, dan saya mula menjerit memanggil suami saya.

Gambar : Daily Star

“Ini adalah yang kedua, jadi apabila dia keluar, suami saya berkata ia mempunyai dua kepala,” katanya.

Kucing yang dilahirkan dengan dua muka berbeza itu juga dianggap sebagai kucing Janus iaitu merujuk kepada tuhan Rom yang biasanya digambarkan dalam mitologi sebagai mempunyai dua muka.

Keadaan ini berpunca daripada induk kucing menghasilkan protein berlebihan dalam kandungannya.

Sementara itu, doktor haiwan di Alley Cat Animal Rescue, Dr Tim Addis berkata ia mempunyai satu organ kesemuanya kecuali tengkorak tambahan.

“Mereka nampaknya ‘beroperasi’ bersama-sama, anda boleh menyuap mana-mana mulut, dan ia memerlukan khasiat melalui kedua-dua mulut. Ia benar-benar berbeza.

“Ia kemungkinan akan sihat seperti adik-beradiknya jika memberinya makan dengan botol,” katanya.

Dalam kebanyakan kes, kucing tersebut akan mati sejurus selepas dilahirkan, tetapi menurut Contreras, Harvey kelihatan sihat buat masa ini. 

Tambahnya lagi, Harvey sebenarnya kelihatan lebih besar daripada adik-beradiknya yang lain

Menurut Guinness World Records, kucing Janus tertua di dunia hidup sehingga berumur 15 tahun.

Sumber : Daily Star

Anis Annisa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: