Siakap Keli
tabung kilat adik wa'iz
Gambar: Facebook Kelab Kebajikan & Sukarelawan Sosial-KELSS

Tulang Belakang Terbelah, Lebihan Cecair Dalam Otak & Beberapa Sakit Kronik, Adik Wa’iz Rayu Sumbangan RM9,500

Menghidap masalah tulang belakang terbelah, lebihan cecair dalam otak, lewat perkembangan, CTEV dan masalah pendengaran, Adik Mohd Wa’iz Mohd, 5, hanya mampu mengengsot dan bergantung pada alat bantuan pernafasan.

Difahamkan, anak ketiga daripada empat adik beradik itu kini memerlukan bateri alat bantuan pernafasan yang berharga RM3,500. Tambahan pula, kanak-kanak lelaki itu juga perlu diberi minum sejenis susu khas yang agak mahal.

Keluarganya kini memerlukan wang sebanyak RM9,500 bagi menampung kos rawatan dan kelengkapan yang diperlukan oleh adik Wa’iz.  Bagaimanapun, jumlah kutipan yang diperolehi hanyalah sebanyak RM1,896 saja setakat ini.

Situasi ini dikongsikan oleh pihak Kelab Kebajikan & Sukarelawan Sosial-KELSS di laman Facebook rasmi.  Sehubungan itu, untuk mengetahui dengan lebih lanjut, mari ikuti perkongsian yang mengenai Adik Wa’iz yang sangat memerlukan bantuan sumbangan tabung kilat.

tabung kilat adik wa'iz
Gambar: Facebook Kelab Kebajikan & Sukarelawan Sosial-KELSS

Tabung Kilat Adik Wa’iz

tabung kilat adik wa'iz
Gambar: Facebook Kelab Kebajikan & Sukarelawan Sosial-KELSS

Sasaran: RM9,500

Adik Mohd Wa’iz Mohd, 5, dari Kg Telok Rimba, Tangkak, Johor ini hanya mampu mengengsot dan bergantung pada alat bantuan pernafasan.

Anak ketiga dari empat beradik ini menghidap beberapa jenis penyakit termasuk spina bifida, hydrocephalus, global develoment delay, bilateral ctev dan masalah pendengaran.

Selain terpaksa bergantung pada alat pernafasan , Wa’iz juga disarankan supaya diberi minum sejenis susu khas yang agak mahal.

Menurut ibunya Hafizah Abd Rahman, Wa’iz kini perlukan sebuah bateri untuk alat pernafasan yang berharga RM3,500 sepertimana sebut harga oleh pihak pembekal yang ditunjukkan kepada kru sukarelawan kami di sana yang melakukan lawatan awal ke rumahnya semalam.

Kami dengan ini melancarkan Tabung Adik Wa’iz dengan sasaran RM9,500 yang akan diserahkan dalam bentuk berikut,

1) SATU Unit Philips Respironic CPAP Portable Li Ion Battery

= RM3,500

2) TIGA bulan bekalan susu khas Pediasure Vanilla 1.6 kg

RM167 x 10 tin sebulan x 3 bulan (30 tin)

= RM5,000

3) RM1,000 bantuan tunai one-off untuk kos ulang alik rawatan susulan

Jumlan sasaran: RM9,500

Segala perkongsian rezeki atau sumbangan boleh disalurkan ke akaun rasmi kami seperti dipersetujui ibu bapanya,

CIMB 8602 4983 68

KELAB KEBAJIKAN DAN SUKARELAWAN SOSIAL

Segala maklumat atau pertanyaan kepada kami melalui WhatsApp www.wasap.my/60179404640/Wa’iz.

#𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭𝐌𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐭𝐮

#𝐓𝐨𝐠𝐞𝐭𝐡𝐞𝐫𝐖𝐞𝐇𝐞𝐥𝐩

16 Ogos 2022

Sumber: Facebook Kelab Kebajikan & Sukarelawan Sosial-KELSS

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.