Siakap Keli
terima surat saman dakwa pandu melebihi had laju
Gambar: Mirror

Tengah Syok Bercuti, Pasangan Bingung Terima Surat Saman Dakwa Pandu Kereta Melebihi Had Laju

Tengah Syok Bercuti, Pasangan Bingung Terima Surat Saman Dakwa Pandu Kereta Melebihi Had Laju

Sepasang suami isteri kebingungan selepas mendakwa menerima surat saman atas kesalahan memandu melebihi had laju semasa mereka sedang bercuti di Sepanyol selama dua minggu, lapor Mirror UK.

Pasangan itu dipercayai meninggalkan kereta jenis GTI Golf milik mereka kepada kakitangan parkir rasmi Meet & Greet di Lapangan Terbang Manchester pada 3 Ogos sebelum berlepas ke Murcia, Sepanyol.

Namun apabila pulang ke rumah pada 16 Ogos lalu, mereka mendapat surat saman daripada pihak polis, lapor Manchester Evening News.

 

Gambar: Mirror UK

Gambar yang disertakan dalam surat saman menunjukkan sebuah kereta jenis dan nombor plat yang sama melakukan kesalahan melebihi had laju pada 5 Ogos iaitu dua hari selepas mereka tiba di Sepanyol.

Dalam pada itu, pihak Lapangan Terbang Manchester mengesahkan kereta itu selamat dibawa ke parkir oleh kakitangan pada hari yang sama pasangan tersebut berlepas dan kekal di sana sepanjang percutian mereka.

Sehubungan itu, pasangan tersebut telah menghubungi Polis Greater Manchester untuk menjelaskan bahawa mereka tidak melakukan kesalahan tersebut.

“Saya tidak akan pernah menyangka seseorang akan memandu dengan kelajuan sebegitu. Ia merupakan satu kesalahan jenayah dan sangat berbahaya apabila memandu dengan kelajuan 55km/j dalam zon 30,” kata si suami.

Pihak lapangan terbang tetap menegaskan bahawa kereta itu berada di kawasan parkir sepanjang mereka bercuti.

Gambar: Mirror UK

Jurucakap lapangan terbang berkata mereka memahami kesusahan yang dihadapi pasangan itu dan akan melakukan siasatan lanjut.

Mereka berkata siasatan menunjukkan kereta itu kekal di kawasan parkir sehingga diambil semula oleh pemiliknya, dan kunci disimpan dengan selamat.

“Siasatan lanjut menunjukkan kenderaan dalam imej kamera kelajuan adalah berbeza dengan kenderaan yang ditinggalkan bersama kami.”

“Kami ingin memberi jaminan kepada pelanggan bahawa terdapat beberapa langkah keselamatan yang ketat untuk memantau keberadaan kenderaan yang ditinggalkan bersama kami dan memastikan ia disimpan selamat sepanjang masa,” tambah jurucakap itu.

BACA: Wanita Warga Emas ‘Terlajak’ Pandu Kereta Hingga Masuk Ke Tingkat Dua Pusat Beli-Belah

Sumber: Mirror UK

Anis Annisa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.