Siakap Keli
Kredit: Facebook

Warga Muslim Selatan Thai Sambut Hari Asyura, Masak Bubur Asyura Versi Mereka

Hari Asyura merupakan hari kesepuluh dalam bulan Muharram. Tarikh 1o Muharram ini sering dikaitkan dengan peristiwa Nabi Musa A.S. menyeberangi Laut Merah ketika dikejar oleh Firaun dan pengikutnya. Terdapat pelbagai kejadian besar dalam Islam yang berlaku pada Hari Asyura seperti Nabi Ibrahim A.s. diselamatkan daripada api, Nabi Ayub A.S. sembuh dari penyakitnya, Nabi Yunus A.S.keluar dari daripada perut ikan paus dan lain-lain.

Hari Asyura disambut sebagai hari raya rasmi bangsa Arab. Pada masa itu mereka berpuasa dan bersyukur atas pemberian Allah S.W.T. Dalam sejarah Arab, hari ‘Asyura (10 Muharram) adalah hari raya bersejarah. Pada hari itu setiap suku mengadakan perayaan dengan mengenakan pakaian baru dan menghias kota-kota mereka.

Sambutan Hari Asyura di Selatan Thailand

Pada masa kini, sambutan Hari Asyura tidak hanya terhad kepada bangsa Arab semata-mata. Hari istimewa ini disambut oleh umat Islam yang berada di seluruh dunia. Hal ini temasuklah penduduk Melayu Islam yang menetap di Selatan Thailand.

Penduduk kampung di Kampung No. 6, Kampung Pi Yae, Mukim Bue Mang, Daerah Raman, Wilayah Yala, bergotong royong untuk memasak sepuluh kawah bubur Asyura buat kali pertama. Terdapat sembilan buah komuniti yang turut mengambil bahagian dalam acara gotong royong ini.

Kredit: Facebook
Kredit: Facebook

Menurut seorang penduduk kampung memberitahu NBT YALA, “Gotong royong memasak bubur Asyura ini merupakan kali pertama di kampung ini. Selepas ini, acara ini akan diadakan secara tahunan. Hal ini disebabkan, gotong royong memasak bubur Asyura ini merupakan satu peluang yang baik untuk masyarakat saling kenal-mengenali dan hidup dalam suasana harmoni.”

Bagi membuat bubur Asyura, penduduk kampung ini telah membawa pelbagai bahan mentah dari rumah mereka untuk dicampurkan dalam bubur tersebut. Jika terdapat lebih banyak bahan yang dibawa oleh penduduk kampung,  ini yang akan menjadikan rasa bubur Asyura ini lebih lazat dan unik.

Kredit: Facebook

Sungguhpun begitu, mereka masih memerlukan bahan asas untuk bubur tersebut yang penting ialah beras, kekacang, bawang merah, kacang hijau, santan, gula pasir, gula dan sebagainya. Mereka akan membawa bahan mentah dan bahan asas ke dalam kuali untuk dicampurkan sekali. Setelah semua bahan dicampurkan, mereka akan mengacau bubur Asyura tersebut yang mengambil masa kira-kira 8-9 jam untuk dimasak,” kata penduduk kampung.

Kredit: Facebook
Kredit: Facebook

Sumber: สถานีโทรทัศน์แห่งประเทศไทย จ.ยะลา via Facebook

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.